2Syawal 1433H
Salam Aidilfitri
untuk Mama yang tersayang. Disepanjang hayat Mama, Mama menjadi pendamping Bapa
yang setia walau apa pun keadaan Bapa. Biar dalam senang mahupun susah Bapa.
Sentiasa di sisi Bapa dalam sakit damam Bapa, dan yang selalu menjadi tunjang
kekuatan Bapa disaat Bapa dicemuh dan dihina.
Mama, yang jua
menjadi pencetus kejayaan kami, anak-anak Mama dari sejak kelahiran kami. Yang
sering mendengar bisik hati kami. Inda akan ada insan yang dapat mengganti
kedikita dihati ani Ma… Dan, Mamalah yang menjadi Mama kami dunia dan akhirat.
Mama… sebelum
kumeneruskan kata-kata ani, ingin ku beritahu bahawa tulisanku untuk kali ani
agak terlalu panjang.
Mama…
Selama 26 tahun biskita
mendidik aku secara intensive untuk menjadi manusia yang berguna. Beriman
dengan ajaran Islam, taat kepada raja, berbakti kepada mesyarakat, hormat-menghormati,
membantu pada yang memerlukan dan yang paling penting, taat kepada biskita
bedua.
Selepas 26 tahun
usiaku, aku mendirikan rumahtangga. Dengan berbekalkan ilmu di dada, ku terajui
keluargaku dengan berpandukan pengajaran dari riwayat kisah cinta biskita untuk
kujadikan panduan. Alhamdulillah, secara perlahan dapat ku menerajui keluargaku
sampailah anak-anakku mengenal siapa datu-nini durang.
Alhamdulillah Mama…, pada
30 Ramadhan lapas, dapat ku memenuhi impian peribadiku untuk “menghantar
kedikita balik”. Masa atu aku kana dangani oleh Si Aidil. Kami sama-sama
membacakan Surah YaSin untuk kedikita. Sayu jua hatiku saat aku memulakan
bacaan. Balik dari sana, kami sampai dirumah waktu sungkai.
Mama…
Macam biasa, bila
Syawal menjelang, selalunya semua anak-anak Mama akan balik kampong menziarahi
biskita. Kami akan bekumpul semua pagi atu. Atulah keistimewaan ketani. Ketani
ada suasana balik kampong. Semua anak-anak Mama, dari Tutong, Jangsak, Bunut
dan Sungai Basar, semua akan balik kampong -ke Kampong Saba. Dan Alhamdulillah
jua Ma..., semua menantu kedikita memahami keakraban ketani sekeluarga. Inda
pernah selama ani, ada keluarga yang inda dapat balik kampong. Semua anak-anak
kedikita balik bersama semua ahli keluarga masing-masing.
Sebenarnya kan Ma… untuk
Malam Pukul, kalau inda ada orang kan mendangani Bapa di kampong, aku sama
anakku Aidil sudah merancang kan mendangani Bapa. Iatah kesianku kan Si Dayang
sekeluarga. Durang bekorban malam Hari Raya durang. Durang sekeluarga tidur di
kampong.
Di pagi raya tadi,
kami masih mengekalkan tradisi keluarga ketani – balik kampong. Si Alai,
pagi-pagi lagi sudah mengambil makanan yang di ordernya, untuk makanan kami
semua disamping Bapa turut menjemput penduduk kampong untukmenghadir majlis
Rumah Terbuka. Ramai orang tadi pagi Ma…, Syukur jua lah, dalam kesibukan kami
atu, dapat jua menceriakan hati Bapa sedikit disaat jiwanya mencari kedikita.
Mama… sudah kedikita
inda ada kan Ma…, keluarga ketani semakin rapat rasanya. Bukan aku saja yang perasan
perkara ani, anakku Aidil pun terasa.
“Ma… sudah Mama Nini meninggal, kami macam makin rapat Ma
ah…” cakap Aidil arah biniku
tadi masa sibuk-sibuk melayan orang datang. Mama… sungguh besar pengorbanan
kedikita arah keluarga ketani Ma… Mudah-mudahan Allah membalas pengorbanan
kedikita atu. Amin…
Iatah tu bah Ma…,
disaat kami meraikan hari raya tanpa kedikita ani kan Ma…, kurasakan kami
masing-masing cuba sedaya upaya untuk membiasakan diri berhari raya tanpa
kedikita. Tapi bagiku, aku masih belum mampu sepenuhnya untuk bergembira dihari
raya. Malah masa Si Dayang mencadangkan kami mengadakan Open House untuk
adi-beradi saja kan Ma... aku inda berapa menyaut. Bukan ku inda mau mengadakan
open house, tapi hatiku masih inda seceria dulu Ma…
Mun kedikita kan tau
Ma…sejak kedikita sudah inda ada, perkara yang ku cuba elakkan ialah mengadakan
apa pun majlis di rumahku. Kurasa, aku masih terasa macam baru kemari kedikita mendangani
kami sekeluarga dalam dua majlis kami. Masih segar diingatanku kedikita sibuk
masa aku mengadakan Open House pada tahun pertama ku dirumah ani. Dan pada
tahun kedua, kedikita turut sibuk masa Majlis Berdikir Pindah Rumah. Jadi untuk
tahun ketiga, tahun ani, aku inda mampu untuk menanggung kerinduanku arah
kedikita kalau ku mengadakan majlis di rumah.
Pernah masa bulan
puasa yang baru lapas ani kan Ma… Opisku ada kan mengadakan Majlis Tedarus
Al-Quran dari rumah ke rumah. Kuceritakan arah biniku. Mulanya biniku iski kan
menyuruh aku mendaftar. “baik untuk rumah bar utu…” kata biniku. Tapi lapas
kuceritakan yang aku masih tekanangkan kan kelibat kedikita dalam majlisku dirumah
ani, biniku sendiri mengundurkan niatnya. Sukur jua ia paham keadaanku.
Si Busu sekeluarga
pun usulnya macam menghadapi saat-saat sukar untuk meraikan hari raya ani. Kita
tau Ma… durang usulnya membawa hati ke Singapore masa hari raya ani. Atu
sekadar pada pemikiranku. Tapi kan Ma…, Si Busu sekeluarga memang rapat sama
kedikita kan?. Malah masa durang shopping di kadai kan Ma…, durang bejumpa
dengan salah seorang rombongan kedikta yang terselamat. Iatah kan Ma…, cucu
kita, Si Aiman betanya arah Si Busu “Mummy... how she can survive?”
Ma… sudah hampir 8
bulan kejadian atu, dan ternyata Aiman masih macam inda dapat menerima hakikat
yang kedikita “kembali”, walhal Aiman baru baru 8 tahun tapi dapat memikirkan
saat-saat getir kedikita.
Mama…
Di hari lebaran yang
mulia ani, terlalu berat hati ani kan memberitahu. Tapi semua ani harus ku
luahkan. Mama… mungkin anilah tulisan terakhirku untuk Mama di dalam blog ani.
Lapas ani, aku inda akan menulis atau mengupdate blog ani. Kukira sudah sampai
masanya untukku labuhkan tirainya.
Mama… Insya Allah, ketani
akan berjumpa lagi dilaman yang sama ani disuatu ketika dan disuatu permukaan
yang baru. Bukan niatku untuk
menghentikan bicara ani, tapi mungkin ani jalan terbaik.
Sekadar untuk
pengetahuan Mama, sepanjang blog ani kutulis untuk kedikita, aku turut mendapat
semangat dan dorongan dari orang sekelilingku terutama biniku dan kawan-kawanku
yang turut meluangkan sedetik masa untuk mengenali kedikita.
Memang diluar
jangkaanku Ma… apabila ada kawan-kawanku sudi mengenali kedikita. Malah ada jua
kawan-kawanku seperti Si Nisah dan Hjh Fauziah yang turut memberi pendapat
durang. “Sekurang-kurangnya, ada
pengajaran untuk yang membaca blog mu ani…” ujar durang.
Alhamdulillah Ma…,
sejarah hidup kedikita dapat menjadi panduan dan pengajaran untuk orang lain.
Sekurang-kurangnya, ani sudah menjadi sinar baru untuk kedikita, diatas segala
tunjuk ajar kedikita yang dapat diteruskan dan menjadi panduan dan ikutan.
Mama… untuk mengakhiri ucapan terakhirku, terimalah kiriman
salam Al-Fatihah dariku untuk kedikita. Mudah-mudahan salamku ani dapat di
sambut oleh kedikita dan menjadi santapan rohani kita Ma… Sekian salam saying dariku
anakmu yang masih mencari ketabahan tanpa Mama…..Al-Fatihah…
Amin...,Amin…,Amin Ya Allah...
ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ