Rabu, 25 Januari 2012

SINGGAH KE KUBUR MAMA...

Sungguh besar kekuasaan Allah. Ketani hanya merancang tapi ketentuan hanya padaNYA. Awal bulan Januari 2012, aku kana arahkan mengganti orang di Temburong untuk hamper 2 minggu. Dalam hati becampur-campur pulang, iski jua ada pasal lari dari branch ku di Kiulap yang luan inda pandai betuhus orang kesana. Masuk opis waktu matahari terbit dan keluar opis waktu bulan terbit. Sasak ada tah jua. Apa inda, segala urusanku di Bandar inda dapat kubuat, pasal awal pagi udah ke Temburong, udah petang, waktu opis udah tutup, baru ku samapi di badar….

Tapi aku selalu ingat cakap Bapa Mama.
“Inda kau keraja kah?...” atu soalan bapa yang mengalahkan MD kami.
“Baik-baik keraja Mit…” atu pesan Mama setiap kali ku cerita pasal kerajaku.
Hasil dari atu, aku dapat menerima hakikat yang aku terpaksa ke Temburong. Mudah-mudahan, ada rahmatnya…

Ternyata tersimpan satu rahsia yang inda pernah ku tepikir…, lapas saja Mama meninggal, aku selalu menziarahi kuburnya pasal masa atu aku masih cuti. Tapi udah ku keraja, macam inda ada masaku kan menziarahi kubur Mama. Apa inda, masa atu, opisku macam tempat yang paling sibuk di Brunei. Tersimpan rasa bersalahku arah Mama. Tapi sukurlah aku keTemburong.

Pagi-pagi sebelum ku membali tiket kan ke Temburong, aku akan singgah menziarahi kubur Mama. Balik dari Temburong, sekali lagi aku singgah ke Kubur Mama. Disaat ku kan meninggalkan kubur Mama, aku inda akan lupa meluahkan satu ayat yang selalu kucakapkan arah Mama masa ia hidup. Ayat atu menandakan aku akan meninggalkan Mama.
“Balik ku Ma…”
Dan perkara ani berterusan setiap hari dalam tempoh aku mengganti di Temburong.

Sesungguhnya ada berkatnya aku inda lupa menziarahi kubur Mama. Ani terbukti apabila satu hari saat aku dalam keadaan genting.
Hari atu MD kami kan melawat ke Temburong. Kata orang opis durang kan tulak dari Bandar pukul 8:30 pagi. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Maknanya aku mesti ikut perahu yang tulak pukul 8 atau lebih awal dari atu.

Hari atu, jadual kami sekeluarga terpaksa berubah. Ngam lagi hari atu keretaku sebuah masih lagi di ejen… binasa. Aidil Adik terpaksa ku tumpangkan arah iparku untuk sekolah. Yang lain terpaksa tulak dari rumah lebih awal dari biasa. Dan alhamdullilah kami dapat lakukan…. Dalam perjalanan sudah terancang yang aku terpaksa inda menziarahi kubur Mama pagi atu.

Entah dimana silapnya, aku masih akhir datang ke Bandar. Dalam ku bejalan kan ke Gerai membali tiket, hati ku mula gelisah. Jam ditangan menunjukkan 7:45 pagi. Dari tempat parking (di Lapau) aku terpaksa berjalan dalam 500meter ke Gerai
“Abis lah, kedapatan akhir ni oleh MD…”
Dalam ku melintas perkarangan kubur, entah macammana kakiku menuju kubur Mama.
“Ma… akhirku hari ani Ma…, MD lagi kan melawat.”
Lepas ku membacakan Surah Al-Fatiah, aku meninggalkan kubur Mama dan terus bejalan ke Gerai.

Keajaiban terjadi apabila perahu yang sepatutnya tulak pukul 8 pagi, masih dalam proses memunggah barang. Dan Alhamdullilah, staffku ada membelikan aku tiket. Maknanya aku sampat ikut perahu yang lebih awal dari perahu MD.

Dalam perahu aku sampat menganang semula urutan kejadian hari atu. Perkara yang menjadi penyalamatku cuma satu… “SINGGAH KE KUBUR MAMA…”

Isnin, 16 Januari 2012

GURINDAM KASIH BAPA KAMI...

Bila ku mendangar prihal Bapa selepas Mama Kami meninggalkan kami semua, dapat kurasakan, orang yang paling berat menanggung derita ialah Bapa.

Inda dapat disalahkan kalau Bapa selalu tekanangkan Mama Kami. Jangankan Bapa, aku sendiri masih lagi terasa himpitan rindu arah Mama Kami, anikan pulang Bapa… orang yang sama-sama susah senang dalam melayari hidup laki-bini.

Kalau dulu, kemana saja durang akan sentiasa bedua. Ke pejabat, Mama Kami akan mendrivekan Bapa. Bila minum di kedai, akan terlihat disebuah meja, duduk Bapa sama Mama Kami berdua.  Kadang-kadang, sampai ada orang merista arahku,
“Rin, ada kuliat bapa mu sama mama mu minum di Kiantan ah, selalu durang ku jumpa minum sana…” rista kawan sekerjaku.
“Au, andangnya tu, romantik kali ah…” jawabku sambil baibun.

Nyatanya Bapa dan Mama Kami antara sepasang warga emas di atas muka bumi ani yang menjadi tumpuan orang ramai diatas keintiman durang sampai ke tua.



Kugambarkan kisah cinta Bapa Mama kami dengan lagu "Anuar Zain - Sedetik Lebih" dan lagu atu selalu kudengar masa perjalananku ke Temburong. Ternyata disini terungkap sebuah kisah nyata...
Sedetik Lebih – Anuar Zain
"Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu"
"Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu"
"Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa"
"Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya"


"Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu"
"Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu"

Sebuah perjalanan hidup sepasang insan yang bergelar Bapa Mama Kami... "....ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang, barulah terasa ku bernyawa.."
"Ya Allah, Limpahkan kepada Bapa, sebuah anugerah kekuatan hidup untuknya menerusakan sebuah perjalanan yang masih belum berakhir"

Ahad, 15 Januari 2012

DOA MAMA..., IBARAT SUARA DARI SYURGA...

Hari ani, 16 Januari, rupanya sudah 28 hari sudah Mama Kami meninggalkan Kami. Entan mengapa, rasanya malasku kan mengira hari. Malah calendar ku dirumah masih lagi 17 Disember 2011 alum ku carik (Jenis calendar cina yang becarik sekaping-sekaping everyday). Mama Kami suka ni calendar cemani ani. Cuma tekaduhung ku melihat calendar di meja ku di Temburong. Esok will be my last day ke Temburong.

Masih ku terasa saat-saat genting kami bila kami menerima khabar hiba…, masih ku terbayang saat keranda Mama Kami kana usong masuk ke rumah Si Aji…, masih ku jelas difikiranku saat aku menyempurnakan jenazah Mama Kami ke dalam liang lahat. Dan… masih ku terasa kelembutan tangan Mama Kami saat bila Mama Kami mengurut kepalaku bila ku migraine.

Terlalu banyak pengorbanan Mama Kami berhadap Kami… dan yang masih inda dapat kulupakan bila Mama Kami melihat aku menitiskan air mata bila aku dizalimi. Dizalimi oleh jiranku yang inda menyuruh menabang pokoknya biarpun kata putus sudah dicapai.

“Sabar saja kau… berangkali ada hikmahnya …” disaat aku dirundung malang, Mama Kami  sentiasa disisiku.

Pada hari pokok atu sudah rebah kana tabang, orang pertama yang ku telefon ialah Mama Kami.
“Hallo Maaa….”
“Oiii… “
“Bahapa kita Maaa…?”
“Ni nah membaca Yasin ah… mengapa…?”
“Anu bah Maaa… pokok sudah selasai betabang, inda pulang kana rumahku, ia rabah arah tanah Hjh Angkut..”
“Bah sukur tah… iatah kubacakan kau Yasin nyamu… sembahyang hajat ku jua… ani kan menunggu Asar ku tarus… Kau tau, susah hatiku kan kau ani bah… baru jua kan sanang sedikit, ada-ada saja bah…” Mama Kami merestui kehidupanku sekeluarga di “Rumah Kami”. Sempat jua ku mendengar suaranya yang menahan tangisnya.

(Nampak dibelakang "Rumah Kami" sepohon pokok berdiri megah"


(Bagaimanapun gagah dan megahnya berdiri sepoho pokok, akhirnya rebah jatuh ke bumi jua akhirnya apabila doa Mama Kami diangkat ke langit)

“Mama… sampai saat ani, aku masih inda dapat menahan sebak di hatiku..aku masih merindui Mama….”

Sungguh besar pengormananmu Mama…
“Ya Allah…, Limpahkan lah rahmatMu kepada Mama Kami di atas segala Amal Ibadatnya, di atas segala Amal Jariahnya, di atas segala Amal Perbuatan Baiknya, di atas segala Ilmu yang telah diajarkannya, dan… di atas segala tunjuk-ajarnya kepada kami, anak-anaknya sehingga kami dapat menjadi anak-anaknya yang sempurna dan sentiasa mengingatinya di dalam amal ibadat kami, doa-doa kami dan tahlil-tahlil kami… Amin…”

Selasa, 10 Januari 2012

PERGI TAPI KEMBALI,...

16hb. November, 1948, telah lahir seorang anak bini-bini di Kampong Saba dari keluarga Haji Abdul Haji bin Jaludin dengan Dayang Timdah binti Bakar. Anak bini-bini atu diberi nama DAYANG @ DAYANG NORHAYATI. Dialah Mama kami…
(Kad pengenalan Mama Kami: 16/11/1948 – 20/12/2011)
(Passport Mama Kami yang sudah dibatalkan setelah ia tiada)

Di zaman remajanya, Mama bergaul dengan kawan seumurnya. Dengan suasana kekeluargaan, hubungan durang lebih akrab, macam adik-beradik. Di sana hidup Mama mula diwarnai dengan bermacam-macam kenangan. Baik yang manis bila sama kawan-kawan sebayanya, mahupun kenangan pahit apabila di usia remajanya mamanya meninggal dunia. Tanpa sebarang saudara kandung, hidup Mama dagang sebatang kara.

(Mama Kami sama kawannya masa di Kg Saba Hjh Asmah binti Hj Ahmad)

Mama menjadi yatim apabila mamanya meninggal dunia masa Mama masih belasan tahun. Dari saat atu, Mama kadang-kadang kana bawa oleh Nini Uda (Allahyarhamah Maimunah) ke Tutong untuk tinggal sama-samanya sementara.


(Mama bersama keluarga dari Tutong Hj Besar & Hjh Salbiah @ Bu Biah)

Kadang-kadang Mama akan tinggal dengan Allahyarham Nini Hj Maidin di Delima Satu.

(Allahyarham Nini Hj Maidin &  Allahyarhamah isterinya yg pernah menjaga Mama Kami di Kg Delima Satu)

Pada tahun 1965, Mama telah disunting oleh Bapa untuk diperisterikan. Dan dengan rundinan yang sepakat, akhirnya Bapa Mama telah selamat diijab-qabulkan dengan mendapat restu dari kedua-dua buah kelaurga.

(Gambar kenangan Bapa & Mama Kami dihari persandingan di Kg Saba)




Di alam rumahtangga, Bapa Mama inda terkecuali dari mendapat dugaan dan cubaan. Baik dari segi kewangan, mahupun dari segi hidup bermesyarakat. Terlalu kesian apabila Bapa Mama terpaksa bebasah bekaring demi untuk meneruskan hidup.

Alhamdulliah, berkat usaha Bapa Mama, hasilnya sudah nampak masa ani.

(Bapa & Mama Kami Berjaya mendidik kami semua menjadi insan yang sempurna sesempurna insan)

Bermula 15hb - 21hb Disember 2011, Mama Kami mempunyai jadual untuk melihat kebesarahan dan kekuasaan Allah s.w.t di Kota Kinabalu dengan mengikuti rombongan Muslimah Masjid Kg Mulaut. Dan, pada 24 Muharam, 1433H bersamaan 20hb. Disember, 2011 Mama Kami telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya.....  

(Untuk terakhirnya rakaman lakaran wajah Mama Kami sebelum "Perginya dan Kemabli...")

Ya Allah, pemergian Mama Kami ke Kota Kinabalu untuk melihat kebesaranMu, dan kembalinya kepada kami bersama Ilmu Akhirat di dadanya biarpun sekadar jasad yang telah disucikan... kami redha...



"Mama... kami doakan moga Mama ditempatkan bersama umat Muhammad yang beriman" , Amin. Al-Fatiah....
(Disini Mama Kami disemadikan. Disini pertemuan kami dengan Mama Kami - antara Alam Fana dengan Alam Baka. Disini jua Kami semua melepas rindu...)


Ahad, 8 Januari 2012

BERMULANYA MENGALIR AIRMATAKU...2

Subuh atu, aku cuma dapat melelapkan mata beberapa minit. Setiap kali aku melelapkan mata, aku akan tebangun. Jam 6 pagi aku sudah bersiap kan ke Bunut untuk menunggu Mama. Kusuruh biniku akhir sikit pasal ia pun inda betidur. Takutku ia pening, kubiarkan ia berehat dulu. Inda apa.

Di Bunut, aku cuba menyediakan apa yang patut. Alhamdullilah, ipar-iparku pun inda payah kan disuruh-suruh. Si Billah tanpa pengetahuanku sudah menghubungi pihak tertentu untuk menyediakan kereta jenazah. Bang Mat memantau tanah perkuburan. Dan aku… aku cuma berdiri dihalaman rumah “Menunggu Mama…” dengan sekeping hati yang redha walaupun terlalu berat untuk kurelakan.

Dalam kumenunggu, aku ingat malam atu aku ada menghubungi Officerku memberitahu aku mengambil cuti emergency.
“Nim, esok aku mengambil cuti emergency,”
“Mengapa Rin?”
“My Mom accident di Sabah”
“Ya Allah…., baik ia inda apa-apa?”
“Alum pasti Nim…” jawabku masih mengharap keajaiban Mama masih hidup, biarpun aku dapat maklumat Mama sudah inda ada lagi…
“Mudah-mudahan selamat” tersentuh hatiku bila mendengar orang yang inda pernah mengenali Mama turut mendoakan keselamatan Mama.
“Minta maaf jua ku Rin, mungkin soalanku ani inda bisai bunyinya, tapi I have to, berapa hari kau kan cuti…?” Pegawaiku cuba sedaya upaya menjaga hatiku dengan soalan yang memang perlu ku jawab.
“4 hari Nim…” jawabku yang tanpa mengetahui bila sebenarnya aku harus bekeraja.
“Kalau 4 hari…, maknanya kau keraja hari Selasa tu ah? Bah, ok tu. Aku inform HR and menyuruh orang mengganti kau.”

Tersedarku dari lamunanku, aku terus memessage Officerku
“Nim, just to confirm, aku cuti 4 hari. My Mom meninggal dalam accident atu…”
“Salam. Inalillah…. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Banyakkan berdoa dan besabar…”


Selang beberapa minit, Hanim memessage aku lagi
“Salam, siapa nama your late mom…, kami kan membacakan tahlil…”
Selepas ku reply message atu, terasa sayu hatiku bila mengenangkan nasib Mama yang belum pun jenazahnya sampai di  bumi Darussalam, sudah berkumandang tahlil untuknya.

Sanak saudara semakin ramai datang untuk sama-sama menunggu jenazah Mama. Dalam ramai-ramai atu, ada jua saudara-mara yang jarang berjumpa.
“eh, siapa namanya ni ah?…”  tiba-tiba hatiku berkata bila melihat saudara yang sudah lama inda jumpa. Kenal rupa tapi inda tahu nama.
“cuba ku tanya Mama…” terhenti kata-kata hatiku samapi sana. Rupanya hatiku masih belum mahu menerima hakikat Mama sudah meninggalkan aku untuk selamanya.

Hari atu, aku banyak menerima message. Baik message dari kawan-kawanku, mahupun dari orang yang inda rapat denganku. Dalam masa ku menjawab setiap message atu, hatiku turut berkata “Sesungguhnya aku menjawab message ani bukan untuk meminta simpati orang, orang ani kan memberi penghormatan terakhir untuk Mama. Dan Mama berhak menerima penghormatan atu kalau orang mahu menghormatinya…”

Mengikut perancangan, semua jenazah akan sampai ke Brunei dan terus kana bawa ke Jame’ As’sannel Bolkiah untuk disembahyangkan. Lapas atu, baru jenazah Mama akan dibawa ke Bunut. Aku sendiri mahu ke Jame’.

Sebelum jenazah Mama mendarat di Lapangan Terbang Brunei, aku, Si Aji dan ipar-iparku kan masing-masing sibuk kan ke Airport dan ke Jame’. Entah macam mana, dalam sibuk-sibuk atu, aku inda sampat ke Jame’. Inda ku tahu mana silapnya walhal aku sudah merancang. Tinggallah aku di Bunut menunggu jenazah Mama dengan hati yang kosong. Aku cuma berdiri dilaman rumah. Yah… macam kataku arah biniku… “Aku kan menunggu Mama…”

Bila ku mendapat maklumat jenazah Mama sudah di Jame’, aku mengumpulkan semua yang sudi membaca Surah Yassin. Alhamdullilah, lebih kurang 5 minit selepas habis kami membaca Surah Yassin beramai-ramai, jenazah Mama pun sampai di halaman rumah. Terlalu pilu rasaku untuk menggambarkan keadaan masa atu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

“Mama, terlalu tinggi penghormatan orang arah kita Ma.... Ramai keluarga ketani datang menunggu kita. Kita kuhantar ke kubur pun kana escot oleh polis. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat Maaa..” bisik hatiku didalam kereta jenazah bersama jenazah Mama.

Diliang lahat, bapa menyuruh aku, Si Awang dan Si Aji untuk menyambut Mama. Tapi malangnya, Si Awang terpaksa membuat sesuatu perkara yang juga penting. Akhirnya, bapa sendiri yang manyambut jenazah Mama di liang lahat.

Dalam kami menyempurnakan jenazah Mama dalam liang lahat, entah macam mana, otakku befikir dan menganang semula bila kali terakhir aku melihat Mama.
“Bis Bapa, Si Awang, Si Aji, Si Alai dan Si Busu sampat meliat Mama biarpun sekadar sekujur tubuh yang kaku, tapi aku inda sempat apa-apa….”
Dalam aku menyambut dan menyempurnakan jenazah Mama untuk disemadikan di liang lahat, tanpa ku rancang dan tanpa kusedari, tanganku tarus mencari kaki Mama pasal masa atu aku berada dibahagian kaki. Ku ramas dan ku gengam tapak kakinya untuk 2-3 saat baru kurelakan. Atulah kali terakhir aku memingang Mama… Atu pun di liang lahat. Baru terubat rinduku sedikit. Kejadian atu akan kujadikan kenangan terakhirku dan bila rasanya ku rindu kan Mama, aku akan mengenang saat atu. Saat aku memingang tapak kakinya… saat tapak kakinya yang masih ku rasa atu masih ku rasa sampai hari ani. Akan ku kanang sampai akhir hayatku.

Mama… ampunkan dosa-dosa kami,…. Halalkan makan minum kami, anak-anakmu Mama…

Isnin, 2 Januari 2012

BERMULANYA MENGALIR AIRMATAKU...1

Hari ani 2hb Januari 2012, genap 2 minggu mama sudah meninggalkan kami untu selama-lamanya. Masih terdengar suaranya menjawab talipon kalau ku menalipon kedidia, “Oiii….” Atu tah bunyinya biarpun apa keadaannya. Pernah sekali atu aku menalipon mama, rupanya lapas ia mengangkat barang, tedangar suaranya yang mengalih tapi ia menjawab seperti biasa…”Oiii…” Atulah mama kami yang selalu menyelindungkan kesakitannya kepada kami demi melihat kami sentiasa gembira.

2 minggu sudah pemergiannya, baruku dapat melakar urutan kejadian yang menimpa.

“Mit, bas mama accident…, bekumpuk ketani di Bunut awal ani….”
Atu lah panggilan yang ku terima pada 21/12/11 dalam pukul 6 lalu. Panggilan atu mengingatkan aku pada satu panggilan yang jua ku terima dari pemanggil yang sama pada 10/02/2007
“Mit, tolongku… macam kerita Hj Hussin bah kana langgar ah… tolong ku lakas…” (www.aidil99.blogspot.com)

Setibanya ku di Bunut, kami cuba menghubungi sesiapa saja yang kami pikirkan boleh menolong. Kami cuba sedaya yang boleh sampailah Si Billah dapat menghubungi Hospital di KK. Dari sana Si Billah & Si Busu cuba mendapatkan kepastian keadaan Mama.

“Berapa umurnya?... Berapa nombor passportnya?.... Siapa namanya?....” antara pertanyaan yang diajukan dari pihak KK untuk satu kepastian, dan semua jawapan ternyata tepat dan betul.

“Awak siapa?... Apa hubungannya?... jangan terkejut, beliau sudah meninggal….”
Macam inda percaya Si Busu mendengar maklumat atu. Diberitahunya Si Alai dan keduanya menangis. Aku yang mendengar berita atu merasa macam hilang semangat.

Entah macam ada satu kekuatan yang ku rasa apabila betepatan berita atu kudengar, laungan Azan Isya kedengaran dari Masjid Kg Bunut.
“Masya Allah, mudah-mudahan ani petanda baik. Ya Allah, kiranya ani yang terbaik untuk Mama, aku redha pemergiannya”. Bisik hatiku memujuk pilu dilubuk hatiku.

Alhamdullilah, ibarat sebuah perjalan hidup yang sempurna, sebelum kami mendapat berita dari pihak KK, Si Busu dapat membooking tiket penerbangan ke KK untuk esok paginya jam 7 dengan menghubungi ejen penerbangan tanpa sebarang masalah. Dalam perancangan, Si Busu, Si Dayang, dan Si Bibi akan membawa Bapa ke KK untuk mempastikan keadaan Mama.

Bagi mempastikan kelancaran penerbangan Bapa, aku sendiri menghubungi Ketua tempat Bapa kerja untuk mendapatkan kebenaran Bapa keluar negeri. Dan untuk sekian kalinya segala urusan kami mendapat redha Allah apabila tiada halangan dari pihak majikan Bapa untuk membenarkannya keluar negeri.

Kami merancang untuk inda memberitahu Bapa tentang keadaan yang kami ketahui pasal Mama. Tapi yang pasti, dalam otakku berputar mencari jalan terbaik untuk memberitahu Bapa supaya ia inda terkejut yang boleh memburukkan keadaan. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari Bapa…

“Sahrin, cuba kau telipon Mama mu, ada bas Brunei accident bah di KK”.
“Ah? Dimana kita mendangar?, bah aku cuba menalipon” aku cuba membuat cerita.

Selang beberapa minit, Bapa menalipon aku lagi.
“Au Pa, Bas Mama. Cemani nah, esok ketani ke KK. Tiket sudah ada, kebenaran dari Pejabat pun sudah ku uruskan. Besiap saja kita, aku mengambil kita di Kampong.”


Lebih kurang 8 malam, Si Awang, Si Aji dan Si Alai mengambil keputusan untuk ke KK menggunakan kereta. Disinilah fungsinya labih duit Malaysia ku yang barat hatiku kan membagi Mama, kuberikan arah Si Awang untuk bekal di KK.

Setiba Bapa di Bunut, kami sepakat untuk inda memberitahu bapa tentang keadaan mama. Kami takut kalau bapa tekajut mendengar berita atu. Kami sepakat untuk membiarkan Bis Si Awang mengkonfirmkan lagi dari sana.

Lebih kurang 11:30 mlm, Si Busu call aku memberitahu ia sama bapa kan belayar ke KK menggunakan charted flight yang kana sediakan oleh Kerajaan.

Bermula dari saat atu, hatiku ku pujuk untuk sentiasa berkadaan tenang dan tabah, sampailah dalam pukul 2 pagi aku mendapat panggilan dari Si Billah.

“Bang Mit, Bis Si Busu sama Bapa sudah sampai di KK. Ada Si Busu menalifon tadi. Sabar saja mendengar berita ani ah…, mama meninggal. Sabar saja Bang Mit, esok ketani menyediakan apa-apa yang perlu.”
“Bah…” jawabku.

Hancur luluh hatiku waktu atu. Atulah saatnya aku menanggis semauku. Kalau masa mendengar berita masa Si Busu menelifon Hospital KK, aku masih mampu tabah, tapi masa ani, semua pertahananku lumpuh. Nasib baik biniku masa atu dapat mententeramkan aku.

“Bang, sabar saja Bang…., Abang sedekahkan surah Yassin. Banyak-banyak besabar…”

Subuh atu, ku cuba google semua maklumat pasal kejadian bas accident atu. Masa atu biniku membaca surah Yasin. Makin ku baca news online, makin pilu hatiku. Sampai aku terasa sesak nafas. Nasib baik aku masih mampu befikir.

“Abang tidur dulu, nda dapat abang membaca surah Yasin pasal abang takut abang akan sakit kepala esok pagi mun telampau bejaga. Abang mau menunggu mama esok…” dalam ku menutup mata kan tidur, mulutku inda beranti membaca Al-Fatiah sampai-sampai ku tidur. Sembelum atu sempat jua ku mendengar biniku membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali.

Dan subuh atu, terus terang, aku inda dapat tidur...


........bersambung...

Ahad, 1 Januari 2012

MAMA, KAU SENTIASA HIDUP DIHATI KAMI

20HB DISEMBER 2011, SELEPAS PUKUL 3 PETANG, DAN DISAAT ATU TAH BAS YANG MAMA KAMI NAIKI MENDAPAT KEMELANGAN DI TAMPARULI - RANAU, TUARAN, SABAH.


SEBELUM ATU, MAMA IKUT ROMBONGAN MUSLIMAH MASJID KAMPONG MULAUT. NIATNYA UNTUK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM BERSAMA KAWAN-KAWAN LAMANYA YANG DULU SAMA-SAMANYA HIDUP DIZAMAN REMAJANYA DULU DI KAMPONG SABA.


KALI TERAKHIRKU BERJUMPA MAMA KAMI PADA 15HB DISEMBER 2011(SEHARI SELEPAS AKU BALIK DARI KL PASAL MENGHADIRI KURSUS.


AKU MASIH INGAT MASA AKU KAN BALIK, AKU BAGI MAMA KAMI RM$100 UNTUK BATANYA DI KK NANTI. SEBELUM ATU AKU ADA TANYA ARAHNYA:


"MA, MENUKAR KITA UDAH DUIT MALAYSIA?"
"ALUM KU MENUKAR, BIAR TIA... SANA SAJA KU MENUKAR" JAWAB MAMA YANG MACAM INDA INGAU KAN BEBATA DUIT.


DALAM BAG DUITKU MASA ATU ADA DALAM RM$170 LABIH DARI KU DARI KL. KU UNJUKI MAMA KAMI RM$100 UNTUK BATANYA.


TERJADI SATU KONFLIK DALAM OTAKKU:
"MENGAPA KU INDA MEMBAGI SEMUA DUITKU ANI AH?..."


AKHIRNYA KU TINGGALKAN MAMA SAMA BAPA UNTUK KUBALIK KEJANGSAK.


PADA HARI 18HB DISEMBER, ATU TAH HARI TERAKHIR KU BECAKAP SAMA MAMA KAMI....
"HALLO MA...."
"OIII...." ATULAH PEMBUKA KATA MAMA SETIAP KALI IA MENJAWAB TELEPON. LEMBUT DAN MESRA CARANYA MENJAWAB.
"DIMANA KITA MASA ANI MA?"
"NI NAH DI DALAM BAS KAMI"
"KAN KEMANA KITA LAGI"
"ANTAH EH... (TERDENGARKU MAMA BETANYA ARAH HJH AISAH, "KAN KEMANA KETANI ANI LAGI JAH?",) KAN KETAWAU KAMI"
"AH...."
"ADA KU CUBA MENALIPON BAPAMU BAH, TANYA INDA MAU..."
"AH... ANI ADA BAPA NI, KITA KAN CAKAP"
"BAH...MANA IA...."
KUBAGI TELEPONKU ARAH BAPA. SAMPAT JUA BAPA BAIEBUN SAMA MAMA. ATULAH KALI TERAKHIRKU BECAKAP SAMA MAMA KAMI...