Isnin, 23 April 2012

WARKAH UNTUK MAMA...

Malam tadi, aku teringat kan kisah aku dan Mama. Tanpa ku sedari, mengalir lagi air mataku untuk yang ke sekian kalinya. Ingin rasanya ku berjumpa Mama, tapi apa kan daya. Aku cuma mengirimkan warkah ani untuk Mama melalui bicara antra dua dunia.

WARKAH BUAT MAMA…

1 Jamadilakhir 1433

Yang dirindui
Mama tersayang
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


Daripada
Anakmu yang merinduimu selalu,
Dermaga Rindu Dialam Fana.


ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Mama,
Aku sentiasa doakan agar Mama sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dari Allah s.w.t di atas segala Amal Jaraiah Mama, Amal Ibadat Mama, Amal Pelajaran Baik Mama ajarkan dan di atas didikan Mama kepada kami anak-anak Mama.

Mama,
Dimalam waktu ku kan tidur, aku tekanang kan Mama. Satu kenangan yang telintas diingatanku waktu atu masa aku dalam Tingkatan 1, barukan sekolah menengah. Masa atu, aku baru kana buatkan seluar sekolah oleh Bapa. Rupanya trend seluar masa atu, yang jenis zaman 60an. Zaman seluar damit dibawah. Sedangkan seluarku masa atu 'bell bottom'.

Kita tau Ma..., setiap kali ku sekolah, kawan-kawanku akan mengucapkan aku dengan seluarku atu. Tapi inda jua ku ingau. Paling memalukan aku bila salah seorang kawanku atu mengucapkan aku, dengan cakapnya: “kalau ada cikgu disiplin membuat spot check, baik kau menyelamatkan diri. Aku betapuk ku dalam seluar Sahirin ih...” semua tah kawan-kawanku ketawa waktu atu. Malu ku waktu atu Ma..., tapi atas didikan Bis Kita, aku masih dapat bersabar.

Bila ku balik sekolah, kadang-kadang ada hatiku atu kan minta ubahkan seluarku atu arah kita, tapi mengenangkan selura atu seluar baru, kupendam saja niatku atu. Lagipun sayang kan, seluar baru kan diubah?

Entah macam mana, mungkin kita tau membaca hatiku Ma..., kita sendiri yang betanya kalau aku kan minta ubahkan seluarku atu. Saat atu, kurasa akulah orang yang paling happy.

Mama,
Kita tau Ma..., pada hari pertama ku memakai seluarku atu, kawanku yang kan betapuk di dalam seluarku atu lah yang mula-mula perasan kan seluarku. Sampai ia sendiri betanya kadai mana ku mengubah seluarku atu. Aku jawab, Mamaku yang mengubahkan. Ia tediam waktu atu.

Mama,
Kalau ku nilai cara jahitan seluar kawanku dengan seluarku waktu atu, ternyata seluarku lebih sempurna jahitannya dari durang. Malah masih ku ingat waktu atu, kawan-kawanku sebenarnya menjahit sendiri seluar durang. Sebab atu seluar durang inda bisai. Waktu atu dapat ku rasai aku lah orang yang paling bertuah mendapat Mama macam kita. Yang memaduli anaknya, tau perasaan anaknya dan dapat membaca isi hati anaknya.

Mama,
Masa ani aku inda mau cucu-cucu kita merasai apa yang kurasa. Seboleh-bolehnya aku akan member apa yang durang mau asalkan inda keterlaluan. Kita tau Ma... semua anak-anakku macam mempunyai hati macam hatiku. Pernah suatu ketika beg durang putus tali, durang ikat saja sendiri. Bila aku kan membawa durang kan membali beg baru, mesti ditanyanya balik “beduit bapa kan?”

Mama,
Aku bersyukur mendapat indung macam biskita. Biskita Berjaya mendidik aku untuk menerima seadanya. Dan masa ani, macam turun jua didikan biskita atu arah anak-anakku. Mudah-mudahan sampai ke basar bisdurang macam atu. Low profile tapi bejiwa besar.

Mama,
Atu saja dulu ceritaku arah kita. Dilain masa dan wakut aku becerita lagi. Insya Allah mudah-mudahan ketani dapat bejumpa lagi di dalam tidurku. Berehat lah Mama. Kami sentiasa mendoa kan Mama. Kami semua akan sentiasa mengingat Mama, di dalam jaga ataupun dalam tidur kami.


Sekian dan   ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ


Yang menyayaingimu

Anakmu.

Sabtu, 14 April 2012

PUSARA KASIH BERBUNGA RINDU...

Terlalu barat rasaku untuk meneruskan bolg ani. Bukan kerana aku sudah ketandusan bahan, atau kekurangan ilham. Yang pasti, kenangan bersama Mama masih lagi segar terlintas difikiranku. Masih hangat tapak kaki Mama menjajah bumi untuk ku melupakan tiap detik bermanja arah Mama. Cuma, mungkin aku inda sekuat mana bila bedepan dengan gelora rinduku arah Mama. Macam manapun, atas kasihku arah Mama, aku akan terus mengenang Mama menerusi blog ani, akan ku terus menulis di sini.

Hari ani, 15 April, 2012, sudah berlalu 116 hari aku menjalani hidup ani tanpa tunjuk ajar Mama, inda lagi ada suara lembut Mama menjawab telefon. Dan aku masih tetap menangis bila mengenang Mama. Aku inda mau hipokret. Aku masih menangisi pemergian Mama.


Tersentuh hatiku bila Si Alai becerita arahku. Bapa inda menyuruh kami memanggil tempat persemadian Mama dengan perkataan “kubur”. Bapa mau kami memanggil tempat Mama sebagai ‘PUSARA’. Sungguh tinggi kasih Bapa arah Mama. Aku dapat rasakan… hati Bapa masih hancur, Jiwanya sunyi dan… hidupnya kehilangan…

 "Pusara Mama di perkukuhkan dengan kasih Bapa supaya tanah inda susur. Atas rasa kasih Bapa, Pusara Mama merangkumi pusara menantu Bapa yang amat disayanginya"

"Pusara kasih berbunga rindu"

Terimbas ku suatu saat bila aku melawat Bapa di rumah. Masa atu pemergian Mama baru seminggu dua lamanya.
“Kalau ada orang betanya, bahapa Mama mu ke KK, kan ku liatkan ni arah durang” Bapa melihatkan arahku lipatan risalah yang dijumpainya di dalam bag Mama saat bag atu diserahkan oleh Shamsul (salah seorang mangsa yang terselamat) arah kami.

Bila kuperhatikan risalah atu, terdapat darah yang sudah kering pada kertas atu. Atu darah Mama, dan risalah atu adalah ‘Panduan Sembahyang Jam’a – cara sembahyang orang bermusafir’. Masih ku ingat waktu atu bapa mencium risalah atu sebelum ia menyimpan semula kedalam bag Mama.

Luluh rasa hatiku saat kuperhatikan Bapa saat atu. Malah, disaat ani.. bila ku kanang saja saat atu, aku masih mengalirkan air mata. Mama… aku…


PUSARA KASIH BERBUNGA RINDU

Disini
Kutabur kuntuman kemboja putih
Kusiram air mawar
Dan kubekalkan Mama dengan Al-Fatiah

Disini
Kuberbicara sepi
Menangis di dalam hati
Memandang pada alamatmu
Untukku mencari penawar rindu

Disini
Dipusaramu
Kasih Bapa menyeri istanamu
Membena sebuah tugu abadinya cinta
Biar dunia memisah kita
Disini kita bertemu

Disini
Pusara kasih berbunga rindu