Ahad, 27 Mei 2012

MAMA... KUSAMBUT SALAM MU MALAM TADI...

7 Rejab 1433H

Buat yang dirindui
Mama Kami Tersayang
Pusara Kasih Berbunga Rindu


Mama…
ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Bersama hembusan malam, kukirim salam sayang untuk Mama, beserta kalungan doa yang sentiasa menjadi rezeki untuk Mama di seberang sana. Biarlah Mama sentiasa mengecapi ketenangan dan kerahmatan dari Allah s.w.t di atas segala amal jariah Mama di dunia sini dahulu.

Mama…
Dimalam, 6 Rejab 1433H, ibarat aku mendapat sebuah perkhabaran dari kedikita apabila ‘aku bejumpa dengan kedikita’ di dalam tidurku. Biar alum dapat membendung kerinduanku arah kedikita, tapi sekadar menantang kedikita sesaat pun sudah syukur. kuterima Mama seadanya.

Mama…
Perjumpaan ketani malam atu, akan ku cuba kupas tiap saat pertemuan ketani atu untuk kutafsir maknannya. Mudah-mudahan ku mampu.

Kita tau Ma…
Malam atu, aku pun ‘bejumpa’ dengan Nini Hjh Intan. Ia menantang aku dengan tenang saja. Alhamdulillah…  Mudah-mudahan biskita di seberang sana sentiasa mendapat Rahmat dan Hidayah dari Allah jua. Amin…

Mama…
Petang tadi kami adi-beradi bekumpul di rumah Si Busu. Sekadar untuk memikirkan keadaan keluarga ketani Ma… . Cuma Si Awang ganya inda ada. Mungkin kalau kita ada, pasti kita akan sanang hati melihat kami sepakat memikirkan perihal keluarga ketani.

Tapi Ma…
Dalam kami bebincang atu, terasaku macam terasing Ma… inda ku tahu mengapa. Masa bebincang atu pun aku kan menangis rasanya. Aku inda dapat focus dalam berbincang atu. Kita tau Ma… hatiku masa atu mencari kedikita, memanggil kedikita. Rasanya, inda ku kan sanggup menanggung semua ani. Baru jua di malam aku mimpikan kedikita. Tapi demi Bapa, akan kugagahi jua hati ani untuk terus bersamanya.

Masa hari Rabu lapas, ada Bapa menalipon kediaku Ma…, ampus ia nya.  Aku masa atu training di Airport Mall. Ia tah ku turun ke kampong lapas training atu. Kesian ku jua kan Bapa atu Ma... Ia memberitahu ampus saja ia nya. Mungkin mun kedikita ada, dapat jua mengurut dadanya macam dulu. Malam atu ia kan tidur di rumah Si Alai. Sama-sama tah kami menyubarang ke darat.

Mama…
Sampai ani saja dulu ku becerita sama kedikita. Biarpun sudah 5 bulan labih Mama meninggalkan kami, aku mungkin sudah nampak macam dapat menjalani hidup ani dengan tenang, tapi yang pasti, hatiku masih meratpai pemergian kedikita.

Mama…
Berehat lah Mama dengan tenang. Biarlah malam ani ku alunkan dengan kalimah Al-Fatihah untuk mengulit diri Mama di seberang sana. Mudah-mudahan dapat menerangi halaman Mama. Amin…


ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Dari anakmu yang kehilangan

Ahad, 20 Mei 2012

MAMA, KUKHABARKAN RINDU BAPA UNTUK MAMA....

29 Jamadilakhir 1433H

Salam buat,
Mama Tersayang,
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Mama..,
Kudoakan Mama sentiasa dalam lingkungan orang-orang yang mendapat rahmat dan hidayah dari Allah s.w.t . Tiap hari-hari yang ku lalui, tidak pernah kulupa memohon kehadrat Allah s.w.t. agar Mama sentiasa mendapat kiriman doa dan Al-Fatihah dari kami di dunia seberang sini.

Mama…,
Sebenarnya rancanganku tadi petang, aku, biniku dan Aidah kan turun ke Kampong melawat Bapa. Bis Aidil dan Adik belajar mengaji. Jadi durang bedua inda ikut.

Sudah kami sampai di Bandar, kuliat hari atu kan hujan. Jadi terpaksa kami inda jadi turun ke Kampong. Aku cuba menelifon Bapa kan memberitahu yang kami inda dapat turun, pasalnya hari kan hujan. Udah beberapa kali ku cuba, talipon Bapa inda bejawab.

Disebalik inda jadi turun ke Kampong, biniku mencadangkan kami menziarahi pusara kedikita. Dan Alhamdulillah, hajat kami sampai membacakan tahlil biarpun rintik-rintik hujan mula turun diakhir bacaanku.

Selepas kami menziarahi pusara kedikita, aku cuba lagi menelifon Bapa kan memberitahu yang kami inda sampat turun, lagipun pasalnya, kan mengambil bis Aidil dan Adik balik mengaji pukul 4:30.  Baru tah Bapa menjawab.

Ma… kita kan tau apa yang ku beritahu bapa? Cemani bunyinya:
“Hallo Pa… behapa kita?”
“Ni… duduk ah…”
“Tadi kutalipon kita, Kami atu kan turun tadi, rupanya kita ada majlis di Saba Darat nya Si Aji, inda tah jadi kami turun, lagipun hari kan hujan usulnya.“
“Au…”
“Iatah… ke Pusara Mama ganya kami, betahlil…”
“Rindu ku kan kedidia Rin… Inda ku kan tetinggalkan rumah ani rasanya…” suara bapa sebak menahan tangis.
“Au Pa… kami pun sama jua rindukan kedidia… sabar saja Pa…ah…”

Atu antara bunyi cakap kami ditalipon Ma… Bapa atu telampau rindu kan kedikita. Masa ani aku dan mungkin semua anak-anak kita cuba mencari jalan kan menolong kedidia. Seboleh-bolehnya kan membuat kedidia sibuk tapi masih mengingati kedikita.

Mama…
Kiranya suara hatiku melalui warkah ani dapat sampai arah kita, biar cemana pun caranya, aku mengharap kiranya kedikita ikut bersama kami, anak-anak dan cucu-cucu kita untuk sama-sama mendoakan mudah-mudahan Bapa akan tabah menjalani kehidupannya sendirian tanpa kedikita.

Mama…
Sampai sini saja dulu Mama ah, untukku becerita arah kita. Mudah-mudahan ada lagi ruang untukku “becerita bedepanan dengan kita” melalui warkah ani. Insya Allah.

ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Dari anakmu.

Rabu, 16 Mei 2012

ANTARA HAJAT MAMA YANG TERCAPAI...

Malam ani, 24 Jamadilakhir, aku masih lagi di opis. Orang ICT ada membuat keraja yang aku sendiri inda paham. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku menunggu.

Entah macam mana, aku tebuka satu folder “Mama Nini” yang pernah dibagi oleh Si Bilah. Dalam folder atu tersimpan himpunan gambar-gambar Mama. Tiba-tiba aku mula teringat cakap biniku masa ia melihat gambar Bapa bersama anak dan menantunya laki-laki.
“iatah Mama pernah becakap ni, ia mau begambar sama anak-menantunya bini-bini. Alhamdulillah, Tuhan jua kan menyampaikan hajatnya atu…” sambil biniku menganang kan gambar durang masa di rumah Si Alai.

"Gambar kenangan Mama bersama Anak Menantunya bini-bini"


"Gambar yang menjadi inspirasi Mama untuk begambar bersama anak-menantunya bini-bini"


Pernah dulu sebelum Haji Husin meninggal, laki Si Bibi pernah menyuarakan untuk begambar sekeluarga. Tapi masa atu, ia selalu keraja, sampailah saat bila Haji Husin dijemput Allah s.w.t pada 10hb Februari 2007, dan hajat laki Si Bibi inda kesampaian.

Tapi ani, Alhamdulillah, sampai jua hajat Mama kan begambar beramai-ramai. Dan semua ani sudah menjadi kenangan. Kenangan yang menjadi penyuntik semangat menuju mahligai keluarga bahagia biarpun Mama “terpaksa mengorbankan dirinya” untuk semua kebahgiaan… Moga Allah sentiasa merahmati Mama… Amin.

Isnin, 14 Mei 2012

KU KIRIM WARKAH DICURAHAN AIR MAWAR

Salam buat
Mama Kami Tersayang.
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


Hari ani, 22 Jamadilakhir 1433 ketani betamu lagi melalui kiriman warkahku untuk kedikita. Ku  sentiasa berdoa kehadrat Allah s.w.t moga Mama sentiasa mendapat rahmat dari NYA dan menerima kirama doa yang inda pernah putus dari kami.

Mama… Sejujurnya, hati ani sentiasa ingin berbicara bedapanan dengan kita, lebih-lebih lagi bila aku menerima tekanan. Tetapi semua atu inda mungkin untuk terjadi. Cuma untuk ku meringankan bebak tekananku unjarankan kedikita, ku kirimkan warkah ani saja melalui renjisan air mawar dipusara Mama. Hanya atu yang mampu kubuat dan menjadi penghubung aku berbicara dengan kedikita.

Mama…
Mama tau?, Malam Jumat lapas kami seperti biasa mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib, bertahlil dan Sembahyang Isya berjemaah. Kali ani di rumah Si Alai di Sungai Besar. Dan untuk sekian kalinya, bila Si Billah mengimamkan, pasti terasa hatiku ani tergamit, terusik dan terkanangkan nasib kita.

Disaat Si Bilah membaca setiap baris ayat dari Surah Al-Fatihah, pasti hatiku terasa sayu. Macam dapat kurasakan kedikita ada bersama kami sembahyang berjemaah. Mungkin keikhlasan Si Bilah mengimamkan atu, aku terasa aku hampir dengan kedikita, Mama… Aku rindukan kedikita…

Kita tau Ma…
Dapat kurasakan jua, Bapa pun merindui kedikita. Selalu kuperhatikan, Bapa akan cuba untuk menyendiri, melarikan diri dari kumpulan kami bila lapas makan malam. Kadang-kadang, ia akan cuba menidurkan diri biarpun balum lagi waktunya ia kan tidur. Kita tau Ma..? Ku kira Bapa cuba untuk mencari bayang diri kedikita didalam lenanya.

Kalau kita masih ingat Ma…, Kita selalu membalikan minyak harum untuk Bapa. Bapa pernah cakap arahku yang kadang-kadang kedikita sendiri selalu memakaikan minyak harum atu arah bajunya. Iatah ada satu hari atu Ma.., ia keciuman bau minyak harum yang ku pakai. Nya bapa:
“Nyaman minyak harum mu Rin…, dulu Mama mu selalu membalikan ni minyak harum cemani ani… Marah tu ia mun ku inda memakai. Kadang-kadang ia lagi memakaikan tu…”.

Tersentuh hatiku Ma..., Lapas atu Ma…, ku carikan minyak harum yang sama dengan yang ku pakai. Tapi inda ada. Jadi kubagi tah saja minyak harum yang ada arah ku atu.


Lebih kurang 3 minggu lapas, ada Bapa menalipon aku Ma…, ia minta balikan lagi minyak harum atu. Nasib jua biniku ada membali awal dan ditaruhkannya untuk Bapa.

Dapat kurasakan yang Bapa merasa yang kedikita sentiasa berada disampingnya bila ia mencium bau haruman atu. Bau haruman atu yang mendekatkan Bapa dengan Kedikita Ma…

Mama…
Suatu saat dan suatu ketika bila aku kerinduan kan kedikita, aku akan terasa dunia ani terlalu sunyi. Tapi Alhamdulillah jua Ma… disekelilingku ada orang yang dapat menceriakan aku. Aku ada Bapa untuk sama-sama berbincang untuk menyambung jariah kedikita, ada keluarga yang kedikita restui, anak-anak kedikita yang menjadi adi-beradiku, dan cucu-cucu kita yang banyak mewarnai hari-hariku yang kulalui. Mun kita ada Ma… mungkin kita akan turut terhibur oleh cucu-cucu kita terutama Si Hazwan yang menjadi lucu. Dan bila ku keraja, aku akan terhibur oleh kawan-kawanku yang sekepala denganku terutama Hj Mas, Hjh Fau dan Suzanah. Kita tau Ma… durang yang banyak mengusir kekosonganku. Alhamdulillah…

Mama…
Mungkin ani saja dulu yang ingin ku kongsikan saat-saat yang kulalui sewaktu kita berada jauh nun disana. Insya Allah aku akan mengirimkan perkhabaran lagi melalui curahan air mawar di pusara Mama. Jadi, sebelum waktu atu datang lagi, ku panjatkan doa untuk Mama kehadrat Allah s.w.t moga Mama sentiasa dianugerahi rahmat dan hidayat diatas segala jariah Mama di dunia kami. Amin…


Salam sayang dariku untuk Mama…

Anakmu…