Sabtu, 21 Julai 2012

MAMA… 7 BULAN BERLALU DAN PERISTIWA BAGAI BERULANG

ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Salam Ramadhan untuk Mama di 1 Ramadhan.

Mama…
7 bulan lapas, 20 haribulan, Kedikta mengalami pengalaman yang inda dapat dilupakan oleh kami semua. Malah raja dan bumi Darussalam turut berdukacita dengan kejadian atu.


Dan kemarin, dengan inda ku duga aku ke pusara kedikita 2 kali. Sekali masa pagi dan sekali pada akhir petang. Pada pagi aku menziarahi pusara kedikita atu, aku membuat kelazimanku membacakan YaSin untuk kedikita. Dan pada sebelah petang atu, tujuanku khusus untuk menjemput kedikita untuk bersama kami menyambut Ramadhan yang kan tiba beberapa minit saja lagi.

Mama…
Di malam, aku sama anak-anakku Aidil dan Adik sembahyang Terawih di Masjid Jangsak. Entah malam atu, hatiku inda seriang dulu. Semangatku sedikit kurang untuk meraikan Awal Ramadhan dengan Terawihku.

Iatah kan Ma…
Masa kami sudah selasai Sembahyang Terawih atu kan Ma… Aidil ada tedangar orang becerita pasal ada helicopter tehampas di Labi. Jadi kucuba cari cerita sebenarnya. Rupanya banar. Kejadian atu terjadi di Rempayuh, Labi dan melibatkan bebrapa orang askar Brunei.


Lapas atukan Ma…
Pagi ani aku ada kana telefon oleh orang opis. Aku kana arahkan bekeraja sama-sama beberapa orang staffku. Rupanya pasal atu. Alhamdulillah kami dapat menanai tanggungjawab yang diamanahkan. 


Dalam ku menunggu habis keraja atu kan Ma… aku cuba meliat facebook. Sampaitah aku teliat rakaman Kebawah Duli melawat mangsa kejadian di RBAirForce sama di Hospital RIPAS. Saat atu hatiku tersentuh. Ingatanku tekanang akan saat orang Brunei sibuk memaduli kan menyambut “kepulangan rombongan” biskita dari KK. Dan baru ku sedar… hari atu sudah genap 7 bulan biskita 7 orang “kembali” . Mungkin atu satu kebetulan.

Dan, pada jam 12 lalu tadi, hujan turun membasahi bumi Darussalam sepertimana ia membasahi pada saat yang sama pada 7 bulan yang lalu. Bumi Darussalam ibarat ditangisi sepertimana jua masa 7 bulan yang lalu. Atu pun satu kebetulan. Kebetulan yang sering menggamit kenangan.

Mama…
“Apalah ertinya sebuah keredhaan ku atas pemergian kedikita, kalau pemergian kedikita masih ku ratapi dan ditangisi…?”  Dengan ikhlas aku redha dengan pemergian Mama, aku pasrah dengan ketentuan untuk Mama, dan aku terima qada serta qadar atas diri Mama, tapi… aku rindukan Mama, aku dandamkan belaian Mama…dan tiap detik ku teringatkan Mama, airmataku pasti mengalir. Kadang-kadang mengalir dimata, dan kadang-kadang membasahi hati kecilku. Salahkah aku yang menangis?

Mama…
Kutunggu Mama dimuka pintu rumahku dan    ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan