Ahad, 5 Ogos 2012

MAMA... DIBULAN RAMADHAN RINDUKU BERPAUT UNTUK MAMA...

Mama….ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

17 Ramadhan 1433H bersamaan Malam memperingati Nuzul Al-Quran 

Mama…
Pagi tadi, Ahad 16 Ramadhan, kami semua menziarahi pusara Mama dan pusara semua keluarga ketani. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang rintangan.

Kita tau Ma…
Sebelum ani Bapa ada menanya aku bila kan menziarahi pusara kedikita. Pada pandanganku, bisai tah minggu dapan pasal semua anak-anak kedikita dan menantu perlu kuberitahu. Lagipun Si Busu inda ada Ma… ke Russia ia atas urusan kerajanya.

Tapi dalam atu, Bapa mengambil keputusan kan ke pusara kedikita hari Isnin (cuti awam sempena Nuzul Al-Quran). Jadi kami pun menurut saja, Rasanya kan melepas rindu arah kita Ma… Tapi last minit Si Aji menukar hari ani tadi pasal jadualnya yang padat. 

Iatah kan Ma...,
Dimalam kan, terbayangku apa akan jadi arahku diwaktu menziarahi pusara kedikita atu. Malam atu fikiranku ligat membayangkan diriku akan menerima tekanan hebat. Mungkin saja aku akan mengalirkan air mata saat membaca tahlil atau surah YaSin. 

Pasalnya kan Ma… sejak akhir-akhir ani, aku amat merindui kedikita. Bila saja ku tedangar orang becakap pasal indung kesayangan durang, atau aku tebaca kelimah “mama tersayang”, hatiku akan cepat tersentuh. Rawan hatiku Ma… kan kedikita dan nasibku. Jadi aku akan mendiamkan diri saja untuk mengawal emosiku supaya inda telampau sedih.

Mama…
Allah s.w.t amat pengasih. Pagi tadi, waktu kami membacakan surah YaSin dan Tahlil untuk kedikita, datang beberapa orang kanak-kanak menghampiri pusara kedikita dan kan ikut membaca bersama-sama.

Tekajut jua ku mula-mula Ma… pasalnya, banyak-banyak kumpulan di tanah perkuburan atu, kanak-kanak atu memilih kumpulan kami untuk diikuti. Mula-mula, datang fikiran buruk sangkaku arah durang ani.

“Memang tah kan menunggu orang mengunjuk duit ni kanak-kanak ani…” bisik hatiku.

Jahat banar bisikan hatiku atu. Tapi, Alhamdulillah, berkat didikan biskita kan Ma…, fikiranku cepat menyedarkan aku dari prasangka burukku atu. Sampailah akhirnya hatiku menerima kehadiran kanak-kanak atu dengan hati yang terbuka dan penuh mengharap.

“Alhamdulillah… mudah-mudahan doa kanak-kanak ani dapat menembusi halangan perhentian doa dari ditahan dan cepat dimakbulkan. Jadi Mama akan mendapat kiriman rahmat doa dan bacaan atu dengan serta merta.” Fikiranku mendidik hatiku untuk menginsafi kesilapanku. 

Seperkara lagi yang terjadi kesyukuranku kan Ma… semua bayanganku malam sebelumnya inda menjadi kenyataan. Bayangan yang aku akan mengalirkan air mata ternyata inda terjadi hanya semata-mata kejadian kehadiran kanak-kanak atu dapat membelut pilu hatiku. Syukurtah…

Mama…
Ani aku kan becerita pasal kejadian di rumahku petang tadi. Kita tau Ma… rumahku kana masuki penyangat. Mungkin labih 10 ekor. Kurasa penyangat Tabuan yang masuk atu. Jadi untuk menyelamatkan anak-biniku, kucuba mengusir penyangat atu dengan menggunakan Ridsect. Jadi ada lah jua yang lari dan yang mati.

Entah macam mana kan Ma… dalam ku kan menjaga keselamatan semua keluargaku di dalam rumah atu, rupa-rupanya aku tejunyak seekor penyangat. “Ya Allah…” atu saja yang mampu teluah dari mulutku menahan sakit.

Masa atu, aku tebayangkan muka kedikta Ma…, tarustah aku capat-capat ke kamar mandi membagi Clorox arah kakiku atu. Kita tau Ma… ingin rasanya ku kan melagau kedikita kan minta ubati. Tapi semua atu inda mungkin…. Cuma Alhamdulillah, aku ingat pengajaran kedikita suatu masa dulu:

“Kalau kana sangat, tarus saja bagi Clorox tampat yang kana sangat atu. Keluar bah tu sangatnya” antara kata-kata azimat Mama yang Mama bekalkan arahku.

Dalam ku merandam kakiku atu dalam baldi yang berisi Clorox atu, ku rasa separuh tapak kakiku sudah bisa dan sakit. Aku cuma bertawakal dan besarah pada Allah s.w.t kan Ma… akan nasib diriku masa atu untuk sebarang kemungkinan. Dan Allah s.w.t mengasihiku, kesakitanku beransur-ansur kurang. Syukur Alhamdulillah Ma… pengajaran kedikita dapat menyelamatkan aku.

Mama…
Malam ani sudah 17 Ramadhan dengan ertikata sudah 16 hari puasa disempurnakan.. Dan aku dapat merasakan, tiap-tiap hari di Bulan Ramadhan ani kan, selambar demi selambar kerinduan ku terkumpul arah kedikita. Maknanya sudah 16 lembaran kerinduanku telah terkumpul. Mungkin jua pasal ani kan Ma, tiap kali ku tedangar atau tebaca malah teliat kisah anak bersama indungnya terutama indung bini, hatiku akan tersentuh.

Dan… aku masa ani pasrah dan berserah dengan keadaan yang bakal kuhadapi dalam menempuhi hari-hari Ramadhan ku yang mendatang dan yang bakal menambah lagi lembaran kerinduaku arah kedikita Ma… Banar lah nya orang, bila Bulan Ramadhan, orang meninggal akan mendatangi keluarganya yang masih hidup. Menantang meliat durang tu. Mungkin saja Mama ada bersama ku disuatu saat dan ketika yang menyebabkan hatiku merasa tersentuh.

Mama… Kalau banar Mama ada bersamaku....,,,, "aku rindukan Mama…."

Mama… sini saja dulu Ma ah… untuk ku “bersama” Mama. Untuk hari ani, aku amat bersyukur di atas ajaran Mama yang dapat menyelamatkan aku dalam pergelutan ku dalam kesakitan. Ajaran Mama akan ku ingat sampai bila-bila, Insya Allah…

Mama, sambutlah salam sayang Fatihah dariku untuk Mama. Al-Fatihah… Amin...,Amin…,Amin Ya Allah...

ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan