Isnin, 13 Ogos 2012

MAMA... HARI ANI HARI JADI BAPA....

Mama….ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Mama… hari ani, 24 & 25 Ramadhan, bersamaan jua dengan 13 Ogos.  Ku kirimkan salam pada sang bayu, menghembus rasa rinduku bertiti didada awan, lalu menyapa pelangi kasih, hingga terlena dibuai rembulan. Bersama belaian tangan Mama mengusap kepalaku. Mama… sembah salam buat Mama dariku dipertemuan ani lagi.

Mama…Kita masih ingat Ma…, tanggal 13 Ogos ani apa ada?... Hari ani Birthday Bapa, Ma… Hari jadinya yang ke 71.

Selalunya kan Ma… ketani akan mengadakan makan malam di mana-mana tempat  yang dikira sesuai dengan selera dan keselesaan biskita. Masa ketani celebrate Birthday Bapa yang ke 69 lalu, ketani adakan di restaurant. Inda ku ingat apa restaurant nya. Dan masa hari jadi bapa yang ke 70, ketani mengadakan di rumah Si Haji.

Masa atu kan Ma..  ketani menghadiahkan baju jaket untuk Bapa. Kita sendiri yang memakaikan baju atu. Dan… jaket atu lah yang dipakainya masa ia menjemput kedikit ‘kembali’ dari KK dulu.

Mama… Hari ani, Bisdurang menyambut hari jadi Bapa yang ke 71 di Tutong, arah rumah Si Dayang. Mengikut perancangan dari yang ku tau, majlis atu dimulakan dengan bacaan Tahlil untuk kedikita. Lapas atu bersungkai beramai-ramai dan selajur tah meraikan Bapa.

Kita tau Ma… Bapa pernah becakap arah si Alai, ia inda mau menyambut hari jadinya tahun ani. Kesian jua ku mendengarnya Ma… Mungkin kedidia teringat kan kedikita. Daras hatinya kan kedikita tu Ma… Tapi durang gagahi jua untuk kan celeberat hari jadi Bapa hari ani. Iatah durang bekumpul di Tutong. Cuma aku saja inda ada tu Ma… Niat durang baik Ma… untuk menceriakan Bapa.

Ma… Masa ani kan Ma…, saat aku menulis blog ani, jam ditanganku pukul 5:34 minit petang, dan aku masih lagi di opis. Aku terpaksa menunggu opis pasal orang ICT kami mengusai server. Ani pun inda ku tau pukul berapa durang siap. Inda baik nasib, terpaksa sungkai di sini ni. Masa hari Jumaat lapas pun sudah ku sungkai sini.

Ani lah aku Ma… Aku lah satu-satunya anak kedikita yang payah diramal waktu kerjaku. Waktu balik kerajaku kadangnya awal dan kadangnya akhir. Malah kadang-kadang, disaat orang berehat dirumah waktu cuti awam, atau waktu subuh orang masih tidru, aku akan datang keraja kalau dikehendaki.

Kedikit pernah kuceritakan apabila aku terpaksa ke opis di Lambak dalam pukul 4 subuh. Dan pernah sekali atu aku keopis pukul 2 subuh masa opisku di Kiulap.

Pernah jua masa aku di bahagian ATM kan Ma… sudah aku kan sampai di simpang rumah balik dari keraja, tiba-tiba aku terpaksa balik semula keopis hanya pasal mengusai ATM. Yang pasti, aku terpaksa ke opis tanpa mengira masa. Inda kira pagi, petang, siang malam ataupun subuh.

Alhamdulillah, kedikita seorang yang amat memahami kan kerajaku. Dan aku turut bersyukur kan Ma… biniku dan anak-anakku pun turut memahami kerajaku. Anak-biniku sudah maklum bila aku mendapat panggilan dan tarus ke opis, durnag inda akan banyak tanya.

Apa yang ku harap masa ani kan Ma… disaat kedikita sudah inda ada untuk membela diriku, orang-orang disekelilingku akan memahami keadaanku. Doakan ku Ma… ah….  

Mama… sampai sini saja dulu untuk ku berkongsi serita sama kedikita. Ani pun aku barukan balik. Jam ditangan pun sudah pukul 5:55 petang. Sambutlah salam doaku untuk Mama di hari jadi Bapa ani. Mudah-mudahan ketani semua akan mendapat rahamt dan hidayah dari Allah s.w.t. Al-Fatihah……
 

ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan