Isnin, 20 Ogos 2012

“MAMA… SALAM TERAKHIR MENGIRINGI KEPULANGAN MAMA….”

Mama….ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

2Syawal 1433H

Salam Aidilfitri untuk Mama yang tersayang. Disepanjang hayat Mama, Mama menjadi pendamping Bapa yang setia walau apa pun keadaan Bapa. Biar dalam senang mahupun susah Bapa. Sentiasa di sisi Bapa dalam sakit damam Bapa, dan yang selalu menjadi tunjang kekuatan Bapa disaat Bapa dicemuh dan dihina.  
Mama, yang jua menjadi pencetus kejayaan kami, anak-anak Mama dari sejak kelahiran kami. Yang sering mendengar bisik hati kami. Inda akan ada insan yang dapat mengganti kedikita dihati ani Ma… Dan, Mamalah yang menjadi Mama kami dunia dan akhirat. 
Mama… sebelum kumeneruskan kata-kata ani, ingin ku beritahu bahawa tulisanku untuk kali ani agak terlalu panjang. 
Mama…
Selama 26 tahun biskita mendidik aku secara intensive untuk menjadi manusia yang berguna. Beriman dengan ajaran Islam, taat kepada raja, berbakti kepada mesyarakat, hormat-menghormati, membantu pada yang memerlukan dan yang paling penting, taat kepada biskita bedua. 
Selepas 26 tahun usiaku, aku mendirikan rumahtangga. Dengan berbekalkan ilmu di dada, ku terajui keluargaku dengan berpandukan pengajaran dari riwayat kisah cinta biskita untuk kujadikan panduan. Alhamdulillah, secara perlahan dapat ku menerajui keluargaku sampailah anak-anakku mengenal siapa datu-nini durang. 
Alhamdulillah Mama…, pada 30 Ramadhan lapas, dapat ku memenuhi impian peribadiku untuk “menghantar kedikita balik”. Masa atu aku kana dangani oleh Si Aidil. Kami sama-sama membacakan Surah YaSin untuk kedikita. Sayu jua hatiku saat aku memulakan bacaan. Balik dari sana, kami sampai dirumah waktu sungkai. 
Mama…
Macam biasa, bila Syawal menjelang, selalunya semua anak-anak Mama akan balik kampong menziarahi biskita. Kami akan bekumpul semua pagi atu. Atulah keistimewaan ketani. Ketani ada suasana balik kampong. Semua anak-anak Mama, dari Tutong, Jangsak, Bunut dan Sungai Basar, semua akan balik kampong -ke Kampong Saba. Dan Alhamdulillah jua Ma..., semua menantu kedikita memahami keakraban ketani sekeluarga. Inda pernah selama ani, ada keluarga yang inda dapat balik kampong. Semua anak-anak kedikita balik bersama semua ahli keluarga masing-masing.
Sebenarnya kan Ma… untuk Malam Pukul, kalau inda ada orang kan mendangani Bapa di kampong, aku sama anakku Aidil sudah merancang kan mendangani Bapa. Iatah kesianku kan Si Dayang sekeluarga. Durang bekorban malam Hari Raya durang. Durang sekeluarga tidur di kampong.
Di pagi raya tadi, kami masih mengekalkan tradisi keluarga ketani – balik kampong. Si Alai, pagi-pagi lagi sudah mengambil makanan yang di ordernya, untuk makanan kami semua disamping Bapa turut menjemput penduduk kampong untukmenghadir majlis Rumah Terbuka. Ramai orang tadi pagi Ma…, Syukur jua lah, dalam kesibukan kami atu, dapat jua menceriakan hati Bapa sedikit disaat jiwanya mencari kedikita. 
Mama… sudah kedikita inda ada kan Ma…, keluarga ketani semakin rapat rasanya. Bukan aku saja yang perasan perkara ani, anakku Aidil pun terasa.

“Ma… sudah Mama Nini meninggal, kami macam makin rapat Ma ah…” cakap Aidil arah biniku tadi masa sibuk-sibuk melayan orang datang. Mama… sungguh besar pengorbanan kedikita arah keluarga ketani Ma… Mudah-mudahan Allah membalas pengorbanan kedikita atu. Amin… 
Iatah tu bah Ma…, disaat kami meraikan hari raya tanpa kedikita ani kan Ma…, kurasakan kami masing-masing cuba sedaya upaya untuk membiasakan diri berhari raya tanpa kedikita. Tapi bagiku, aku masih belum mampu sepenuhnya untuk bergembira dihari raya. Malah masa Si Dayang mencadangkan kami mengadakan Open House untuk adi-beradi saja kan Ma... aku inda berapa menyaut. Bukan ku inda mau mengadakan open house, tapi hatiku masih inda seceria dulu Ma…
Mun kedikita kan tau Ma…sejak kedikita sudah inda ada, perkara yang ku cuba elakkan ialah mengadakan apa pun majlis di rumahku. Kurasa, aku masih terasa macam baru kemari kedikita mendangani kami sekeluarga dalam dua majlis kami. Masih segar diingatanku kedikita sibuk masa aku mengadakan Open House pada tahun pertama ku dirumah ani. Dan pada tahun kedua, kedikita turut sibuk masa Majlis Berdikir Pindah Rumah. Jadi untuk tahun ketiga, tahun ani, aku inda mampu untuk menanggung kerinduanku arah kedikita kalau ku mengadakan majlis di rumah.

Pernah masa bulan puasa yang baru lapas ani kan Ma… Opisku ada kan mengadakan Majlis Tedarus Al-Quran dari rumah ke rumah. Kuceritakan arah biniku. Mulanya biniku iski kan menyuruh aku mendaftar. “baik untuk rumah bar utu…” kata biniku. Tapi lapas kuceritakan yang aku masih tekanangkan kan kelibat kedikita dalam majlisku dirumah ani, biniku sendiri mengundurkan niatnya. Sukur jua ia paham keadaanku.
Si Busu sekeluarga pun usulnya macam menghadapi saat-saat sukar untuk meraikan hari raya ani. Kita tau Ma… durang usulnya membawa hati ke Singapore masa hari raya ani. Atu sekadar pada pemikiranku. Tapi kan Ma…, Si Busu sekeluarga memang rapat sama kedikita kan?. Malah masa durang shopping di kadai kan Ma…, durang bejumpa dengan salah seorang rombongan kedikta yang terselamat. Iatah kan Ma…, cucu kita, Si Aiman betanya arah Si Busu “Mummy... how she can survive?”
Ma… sudah hampir 8 bulan kejadian atu, dan ternyata Aiman masih macam inda dapat menerima hakikat yang kedikita “kembali”, walhal Aiman baru baru 8 tahun tapi dapat memikirkan saat-saat getir kedikita. 
Mama…
Di hari lebaran yang mulia ani, terlalu berat hati ani kan memberitahu. Tapi semua ani harus ku luahkan. Mama… mungkin anilah tulisan terakhirku untuk Mama di dalam blog ani. Lapas ani, aku inda akan menulis atau mengupdate blog ani. Kukira sudah sampai masanya untukku labuhkan tirainya.
Mama… Insya Allah, ketani akan berjumpa lagi dilaman yang sama ani disuatu ketika dan disuatu permukaan yang baru.  Bukan niatku untuk menghentikan bicara ani, tapi mungkin ani jalan terbaik.
Sekadar untuk pengetahuan Mama, sepanjang blog ani kutulis untuk kedikita, aku turut mendapat semangat dan dorongan dari orang sekelilingku terutama biniku dan kawan-kawanku yang turut meluangkan sedetik masa untuk mengenali kedikita. 
Memang diluar jangkaanku Ma… apabila ada kawan-kawanku sudi mengenali kedikita. Malah ada jua kawan-kawanku seperti Si Nisah dan Hjh Fauziah yang turut memberi pendapat durang. “Sekurang-kurangnya, ada pengajaran untuk yang membaca blog mu ani…” ujar durang. 
Alhamdulillah Ma…, sejarah hidup kedikita dapat menjadi panduan dan pengajaran untuk orang lain. Sekurang-kurangnya, ani sudah menjadi sinar baru untuk kedikita, diatas segala tunjuk ajar kedikita yang dapat diteruskan dan menjadi panduan dan ikutan. 
Mama… untuk mengakhiri ucapan terakhirku, terimalah kiriman salam Al-Fatihah dariku untuk kedikita. Mudah-mudahan salamku ani dapat di sambut oleh kedikita dan menjadi santapan rohani kita Ma… Sekian salam saying dariku anakmu yang masih mencari ketabahan tanpa Mama…..Al-Fatihah…  
Amin...,Amin…,Amin Ya Allah... 

ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan