Selasa, 27 Mac 2012

KUSINGKAP TABIR SUTERA DIHARI JADI MAMA...

Ku singkap selembar lagi tirai sutera kehidpan Mama yang terlintas dilipatan ingatanku disaat ketiadaannya. Pada asalnya Mama adalah dari golongan keluarga yang ada duit, ada perusahaan dan ada nama yang dikenali. Arwah bapa Mama adalah seorang pengusaha ‘pidayan’ yang dikenali dizamannya.

Selepas Bapa Mama kahwin, Bapa membawa Mama tinggal dirumahnya bersama Arwah Nini Hjh Intan. Dari sana, Mama dengan tabah dan rela hati mengikut cara kehidpan bis Bapa yang serba kekurangan. Disana Bapa Mama menguji cinta masing-masing. Dan dengan sebuah keikhlasan, Bis Bapa Mama kekal menjadi sepasang suami isteri hingga keakhir hayat Mama.

Sepanjang hidup Mama, ia telah melalui susan-sanang bersama Bapa. Dan mengikut cerita Mama, Alhamdulillah, kehidupan keluarga kami berubah sejak Si Busu dilahirkan. Bermula dari atu, pendapatan Bapa dan Mama mendapat berkat dari Allah s.w.t sampailah durang mempunyai hartanah. Dan besyukur ku jua, Mama sampat mengecapi kemanisan hidup hasil usahanya bersama Bapa dalam mengapai impian sebuah kehidupan yang disegani.

Bebalik kepada perjalanan hidupnya dulu, kurasa Bapa Mama mempunyai banyak kisah-kisah yang sepatutnya diraikan tetapi keadaan inda membolehkan bis Bapa Mama ani untuk bergembira. Dan dengan usaha bis Bapa Mama mendidik kami dengan sempurnanya, kami semua dapat menempatkan bis Bapa Mama di mahligai kegembiraan.

Masih ku ingat, Mama adalah orang yang paling iski bila kami mengimbau kisah-kisah nya dulu untuk ditransformasikan semula kezaman kegemilangan Mama. Misalnya, gambarnya dicantumkan dengan gambar Bapa menjadi satu (inda kutahu siapa yang punya keraja…) tapi Mama iski. Tebayangku wajah Mama yang senyum bila pertama kali melihat gambar atu.

Image gambar Bapa Mama selepas melalui "transformasi" dari gambar lama ke baru

Mama jua orang yang paling iski bila birthday nya disambut. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan, kami anak-anaknya selalu menyambut hari jadi Bapa Mama termasuk hari ulang tahun perkahwinan durang.

Hari Jadi Mama yang diadakan di Restoran Soto Rindu, Sengkurong



Hari Jadi Mama yang di adakan di Rumah Si Dayang di Tutong


Hari Jadi Mama yang kami sambut arah Rumah Si Busu di Bunut

Ani adalah antara gambar hari jadinya yang Mama kan meliat tapi inda sampat. Gambar dari mobileku.




Pernah sekali atu, masa celebrate birthday Mama di Aneka Rasa, Dan disaat ia membuka hadiah dari aku sekeluarga, diciumnya hadiah atu. Aku sekeluarga menghadiahkan Mama sebuah gambar yang merupakan cantuman semua gambar kahwin bis Bapa Mama dan anak-anaknya. Ani adalah hasil idea biniku yang diam-diam rupanya creatifnya.

Gambar yang ku hadiahkan arah Mama masa birthdaynya. Dalam rakaman mobileku nampak Mama mencium gambar ani. Sebuah ciuman yang mengandungi sejuta makna...

Kisah ani kutulis bila terlintas difikiranku apabila anakku Aidah melihat semula satu rakaman yang ada dalam mobilku. Rakaman Mama birthday. Jelas waktu atu Mama mencium gambar atu.

Disuatu rakaman yang lain pulang, masa celebrate birthday Bapa di Seri Meradun, hatiku tersentuh bila melihat Mama melap airmatanya saat Si Aji membacakan ‘Kad Hari Jadi’ dari Mama untuk Bapa.
Disaat Si Aji membacakan kad hari jadi Bapa dari Mama, ternyata hatinya tersentuh dan menangis. Apakah Mama sudah terasa ia akan meninggalkan kami terlebih dahulu?...

Rabu, 21 Mac 2012

MAMA... TANGANMU MENYUAPKAN NASI UNTUK KAMI...

Hari ani, genap 3 bulan kami kehilangan Mama. Hari ani, masih terasa kenangan pilu yang datang melanda dan… hari ani, terpanggilku ingin mengenang sedikit perjuangan Mama dalam menolong bapa untuk membela nasib kami sekeluarga.

Dalam sejarah riwayat hidupnya, Mama adalah orang yang kuat berusaha. Inda pernah mengenal erti kegagalan. Biarapa pun halangan datang menduga, Mama tetap memperjuangkan nasib keluarga kami sampai akhir hayatnya.

Pertamaku mengenal perjuangan Mama dalam menyara hidup kami, apa bila kami bermastautin di Kg Sungai Besar. Biarpun aku terlalu awal untuk mengenal erti sebuah penderitaan hidup, tapi… tiap kenangan sentiasa terbuku didalam ingatanku.

Disana, Si Awang (12thn), Aku (10thn) Si Aji (9thn) dan Si Alai (7thn) terpaksa “bekerja menjadi kuli” dalam pembenaan rumah orang. Aku masih ingat saat kami dalam usia kanak-kanak atu, terpaksa mengangkat kayu bakau untuk pailing dari pengkalan ke kawasan pembenaan rumah yang jaraknya lebih kurang 100 meter.

Dan dalam usiaku 10 tahun, kami terpaksa menggali lubang tiang selepas balik sekolah. Dan dengan keadaan kami yang telampau kamah oleh lumpur atu, Mama tetap menyambut kami dengan seraut wajah yang memang sukar kumengerti. Dari zahirnya Mama menyambut dengan ketawanya bagi mengubat rasa mengalih kami, tapi mungkin jauh disudut hatinya, kesian melihat kami yang terpaksa mengambil upah kerja buruh kasar (atas sukarela kami). Mungkin dari saat atulah Mama bertekat membela nasib kami.

Masih ku ingat suatu saat bila aku mendangani Mama mengukus adunan keropok di belakang rumah di Sungai Besar. Keropok atu kan dijualnya ke Tutong arah Bu Biah. Masa atu kuperhatikan wajah Mama yang disinari cahaya lampu belakang rumah. Jelas kulihat wajah Mama dengan tekun dan tabah mengadap bahang panas kukusan keropoknya. Mungkin perasan aku memerhatikan dirinya, Mama tiba-tiba becakap:
 “Andangnya Mit, iatah rasa mencari duit ni…”.

Alhamdulillah, berkat banyak belajar dimasa remajanya, Mama ada banyak pemandainya membuat makanan. Di Sungai Besar jua Mama membuat makanan. Antaranya: Kutumayang, Sapit, Selurut dan banyak lagi. Semua makanan yang Mama buat, aku pandai makan. Entah mengapa, bila orang lain membuat makanan atu, inda ada liurku kan makan. Semua kuih dan makanan yang Mama buat dapat dijualnya di Tutong.

“Sesungguhnya Allah hanya akan menduga hambanya setakat yang termampu dipikul oleh hambanya”

Di Sungai Besar kami mengalami kejadian buruk apabila rumah kami hampir terbakar berpunca dari dian. Api masa atu sudah menghanguskan tabir bilik Bapa-Mama. Dan untuk mengelakkan dari rumah terbakar, Mama terpaksa meragut tabir atu dari membakar siling rumah. Alhamdullilah, berkat usaha nekad Mama, api dapat dipadamkan… tapi tangan Mama hangus.

Bermula saat atu, pergerakan Mama terbatas untuk membuat makanan. Tapi masih digagahinya untuk terus berusaha, untuk dijual ke Tutong.

Suatu petang, disaat tangan Mama masih belum sembuh, kami didatangi oleh “keluarga yang tidak diundang”. Dapat ku lihat dalam kejadian atu, “keluarga” ani datang macam gangstar. Bapa waktu atu dikerumuni oleh beberapa orang dari “ahli keluarga” ani. Dan Mama…, tangannya yang masih sakit di pulas oleh salah seorang lagi “ahli keluarga” ani. Saat atu Mama merintih kesakitan…

Terlalu sukar untuk kupercaya waktu atu bila Bapa dikerumuni dan Mama kesakitan dipulas tangannya. Arwah Nini masa atu masih ada. Ia cuba menghalang “iparnya anak beranak” mengulahkan bapa macam atu. Inda sanggup melihat kejadian atu, kukipak Si Busu dan kubawa ke belakang rumah. Dalam otak ku masa atu sudah inda menantu. Mungkin masa atu niatku untuk menyelamatkan diri.

Alhamdulillah, kami masa atu masih dianugerahkan nasib yang baik oleh Allah biarpun kami terpaksa meninggalkan rumah halaman kami malam atu jua. Bapa sedar, Mama sedar dan Arwah Nini masa atu pun sedar, kami cuma ‘dagang’ di sana. Sukur jua Bang Aji dapat membawa kami ke Kg Saba malam atu jua.

Kehidupan di Kg Saba, inda menghalang Mama dari terus berusaha membuat makanan. Sesudah tangan Mama sembuh, Mama meneruskan usahanya membantu Bapa dalam menyara kehidupan kami. Di kampong, Mama dapat membuat business kecil-kecilan dengan membuka gerai Soto. Pelanggan tetap kami antaranya Si Gandam dan Si Johan. (jaguh main guli).

Luput tahun berlalu, Mama dapat mengembangkan usahanya sampai Mama mempunyai perusahan sendiri membuat kuih Sapit. ‘USAHA NORHAYATI’, ya… atu nama perusahaan Mama. Waktu atu atas usaha Bapa jua, Mama dapat membekalkan kuih Sapit ke Pusat Perbekalan Negara di Beribi yang masa ani dikenali sebagai BINA. Dari sana business Mama berkembang sikit. Alhamdulillah.

Dan dalam beberapa tahun kebelakangan ani, Mama aktif dalam penjualan produk berasaskan udang. Antaranya Udang beku, Udang Kering dan Keropok Udang. Biarpun Mama tahu untuk bersaing dipasaran sangat payah, tapi ia inda pernah mengenal erti putus asa. Alhamdulillah, dengan usaha yang beterusan, Mama dapat menghasilkan Keropok Ubi Manis yang mendapat sambutan.

Aku ingat Mama ada membawa Keropok Ubi Manis ani menjadi bekalnya melawat ke Sabah dan untuk disedekahkannya. Dan mengikut cerita kawannya yang terselamat dalam nahas, sempat jua Mama ditelefon oleh seorang Cina yang mahu bekalan keropok.

Dan masa ani… semuanya sudah terhenti. Terhenti untuk seketika. Sukur jua Mama sampat mengajarkan cara-cara membuat keropok ani arah Bis Si Aji, Si Minah & Si Alai.

Dan pada hari ani, genap 3 bulan, Mama bergelar seorang pengusaha telah meninggalkan alam perniagaannya. Meninggalkan alam keusahawannya. Dan meninggalkan ilmu perusahaannya kepada anak-anaknya.

"Mama... sebutir nasi yang kau suapkan kemulut kami telah menghasilkan sebuah kehidupan yang sempurna buat kami semua... Dan setitis airmatamu membasahi pipimu menahan kesakitan, akan ku ingat hingga kita bersatu semula..." dari Anakmu yang tetap merinduimu.

Sabtu, 17 Mac 2012

MAMA... AKU KEMPUNAN MEMBALAS SENYUMMU...

Mama…
Kian pergimu tanpa kata
Masih berdarah mata ini
Mencarimu…
Mengintaimu…
Biar segaris senyum
Aku kempunan membalas senyummu

Mama…
kucari gengaman tanganmu
memimpin tanganku
menahan ombak di tasik idaman
yang mengganas
memukul dan menghakis
istana pasir yang kubena

Mama…
Tiap siang kucari wajahmu
Kala malam ku intai dirimu
Bimbing aku…
Bantu aku…
Aku bergelut dengan bayang hitam…

Mama…
Dimanakah Mama…
Aku perlu ungkapan azimatmu

Mama…
Aku kah yang menangis…?
Aku kah yang unjaran…?
Atau akukah yang merinduimu…?
Tidak… bukan aku…
Kami semua yang menangis Mama…
Kami semua Unjaran… dan meriniduimu Mama…
Dan aku tetap kempunan membalas senyumanmu Mama…

MISI WAKAF UNTUK MAMA

16/3/2012, Bis Bapa membuat perjalanan ke KK untuk menyempurnakan satu misi menyampaikan hajat untuk berwakaf ditempat dimana Mama disempurnakan iaitu Masjid Pangkalan Tentera Loq Kawi, Sabah,

Malam sebelum atu, macam biasa, kami akan mengadakan Majlis Sembahyang berjemaah Maghrib dan Isya yang diselajurkan dengan membaca Tahlil untuk Mama. Habis Sembahyang Isya, kami akan menikmati jamuan bersama-sama. Dalam sama-sama menikmati makan malam atu, entah cemana, aku duduk semeja dengan Bapa.

“Daras rinduku kan Mama mu Rin…”
“Au Pa…, sama-sama ketani rindukan kedidia…” suasana menjadi diam
“Hari atu… mimpi ku kan Mama bah…, perasaanku ia ada sama-sama kita. Diurutnya dada kita. Ia macam menunjukkan cara memaduli kita bah…” ceritaku arah Bapa pasal mimpiku berjumpa Mama. Tanpa dapat tahan, mengalir airmataku menahan sebak.
“Aku pun terasa macam ia masih ada bah…” jawab Bapa
“Sabar saja ketani Pa…, Mudah-mudahan ia tanang “disana” “. Meliat bapa saat airmataku mengalir.
Lapas atu, batah kami tediam. Diam untuk meredakan rindu didada masing-masing.

“Masuk ku dulu Rin… kan berehat ku…” Bapa bersuara sayu arahku. Dalam ia becakap atu, tedengar olehku ada irama pilu disebalik suaranya atu.
“Berehat tah kita, esok kita kan jalan jauh” sambil bediri dan bejalan ke rumah Si Aji, kuperatikan Bapa bejalan dalam keadaan perlahan dalam mengimbangi dirinya yang dirundung rasa kehilangan…


Ketika aku, Si Alai dan Si Busu becakap-cakap sementara menunggu catering memanyap, Bapa datang semula sambil membawa bajunya yang kan dipakainya eson ke KK. Dapat kuperhatikan bapa seolah-olah inda ada hala tujuan. Selepas ia menaruh bajunya di rumah Si Busu, ia keluar semula menuju rumah Si Aji. Di luar rumah Si Aji, bapa mundar-mandir tanpa tujuan seolah-olah mencari sesuatu. Banar… Bapa sebenarnya mencari sesuatu. Mencari bayangan Mama… Si Alai sempat memerhatikan tingkahlaku bapa yang kesedihan….

16/3/2012 – 9:25 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Rupanya Bapa balik malam atu jua. Kalau ikut perancangan, Bapa akan bemalam di KK dan sampai di Temburong, ia akan naik speed boat ke Bandar. Malam atu, aku sekeluara bersama Si Dayang sekeluarga, Si Wasid & tunangnya menunggu Bapa yang balik dari KK. Si Busu malam atu telambat datang.

Dalam Ruang Ketibaan kulihat bapa bejalan keluar menuju kami yang menunggu. Belum sampat ku betanya arahnya perkhabaran di KK, Bapa sudah awal becakap.

“Hancur rasa hatiku Rin…, Inda ku sanggup rasanya lagi… Alum tah ku kan belayar-layar dulu ni…” dalam tenang Bapa becakap menahan rasa sedihnya. Aku cuma mampu diam seketika.
“Sabar tah Pa… sampai sudah hajat kita tu menyampaikan wakaf kita untuk Mama tu…”

Dalam bejalan bersama Bapa dan keluarga, sempat ku menganang cerita 3 bulan lapas. Hasil cerita Si Busu arahku.
“Pehin… orang balik belayar membawa buah tangan, tapi Kaola balik membawa jenazah…” antara kata-kata bapa arah Pehin Menteri semasa balik dari KK membawa jenazah Mama di Ruang Ketibaan.

Malam atu, tefikir ku mengapa Bapa inda dapat bemalam di KK. Aku faham… hati mana yang dapat tenang bila berada di bumi dimana Mama “kembali”... Mata mana yang dapat menahan air mata bila melihat semula tempat Mama disempurnakan… Dan perasaan mana yang inda hiba bila datang semula ketempat dimana kali terakhir bertemu dan berjumpa dengan Mama… Mama yang sudah kaku…

“Ya Allah… Ku terima segala Qada dan Qadar darimu. Dengan pasrah ku terima ketentuan Mu dan… dengan rela ku terima untung nasibku. Ya Allah… berilah kekuatan kepada kami, dalam kami meneruskan langkah-langkah kami ini tanpa ada Mama disisi kami… Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani lagi Maha Bijaksana.”