Rabu, 6 Jun 2012

MAMA... MAMA LAH PENGUAT KASIH KAMI ARAH BAPA

16 Rejab 1433H

Untuk yang dirindui
Mama Kami Tersayang
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


ﺍﻠﺳﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻢ    Mama…..


Mama…
Alhamdullillah, syukur kehadrat Allah s.w.t, ketani bertemu lagi diwarkah penawar rindu yang menjadi penghubung ketani yang berada di 2 dunia yang berlainan.

Mama…
Apa perkhabaran Mama disana? Ku doakan moga Mama bersama muslimin dan muslimah sentiasa terpelihara didalam perlindungan rahmat Allah s.w.t yang bakal mendapat syafaat, dari Nabi ketani, Nabi Muhammad s.a.w

Mama…
Tadi petang lapas ku kerja, aku melawat Bapa di Kampong. Ia ganya seorang di rumah masa atu. Si Alai alum balik mengambil kanak-kanaknya balik sekolah.

Masa kami duduk bedua didapur kan Ma…, Bapa becakap. Cemani bunyinya Ma…



“Banar kamu collection kan memaduli makan-minumku?”
“Ah?..., Au Pa… siapa memberitahu kedikita?”
“Si Aji bepadah. Aku ani nyamu, nasi katok pun sudah cukup bah” Bapa macam jauh hati
“Jangan cematu Pa, inda apa-apa tu Pa…, lagipun…, bila tah lagi masanya kami kan memaduli kedikita?, indakan mun kita sudah inda ada, baru kami kan memaduli kedikita. Inda apa tu Pa… lagipun iatah masanya kami kan bebakti arah kedikita.”



Tediam Bapa seketika bila mendengar peneranganku atu Ma… Mungkin ia sudah dapat menerima penjelasanku atu.



“Sukur tah mun cematu…30 kamu seorang.” jawab Bapa tanda merestui bakti kami arahnya.
“Au Pa…”

Masa ku kan balik dari kampong, barutah Si Alai baru datang sama anak-anaknya.

Kita tau Ma...
Bapa liati ku lagi sampai ku turun perahu, baru ia masuk rumah. Mungkin terasa kali ia yang kami memang ikhlas memaduli kedidia. Sukur tah...
Ma…
Mun kita masih ingat, ada masa atu ku bepadah arah kedikita, yang kami ada membuat perundingan adi-beradi di rumah Si Busu, anilah salah satu perkara yang kami rundingkan. Duit atu Ma… sebenarnya duit collection untuk birthday biskita bedua Tahun-tahun aku collect arah durang untuk meraikan hari jadi biskita. Tekana kedikita sudah ‘berhijrah kedunia baru’, jadi bahagian kedikita atu kusalurkan untuk memaduli makan-minum Bapa. Boleh kan Ma…?

Mama…
Sejak kedikita meninggalkan kami kan Ma… Si Alai mengambil keputusan drastic bila ia mengakun memaduli makan-minum Bapa. Pakaian Bapa pun dipadulinya, macam yang kita pernah amanatkan arahnya. Lapas atu, setiap Jumaat, Si Awang selalunya turun ke kampong membawakan Bapa makanan dan tarus membawa ia ke Balai Ibadat untuk Sembahyang Jumaat.

Lapas atu, Si Aji pun ikut menolong Si Alai sampai durang membuat jadual, Si Alai menyediakan makan malam Bapa, dan Si Aji menyediakan makan siang Bapa. Tapi kalau hari Minggu, kadang-kadang Si Dayang memasakan Bapa, mun bis Si Dayang tidur di kampong.

Kadang-kadang, Si Aji, Si Awang dan Si Dayang begilir tidur di kampong bila hujung minggu. Kadang-kadang Bapa yang tidur di darat. Begilir-gilir dirumah anak kedikita. Ani esok, ia tidur arah Si Aji ucapannya. Aku ganya alum tidur di kampong. Kita tau kan Ma… mengapa?.

Dan bila hari Jumaat kan Ma…, selalunya lapas menziarahi pusara kedikita, Bapa akan kana bawa minum pagi oleh bis durang anak-anak kedikita – Si Dayang, Si Awang, Si Aji, Si Alai dan Si Busu di restaurant yang biskita selalu minum dulu. Kalau kediaku kan Ma… kita taukan masalah ku, mun sudah hari Jumat pun ku keraja, ke pusara kedikita pun kadangnya aku ganya seorang-seorang. Atupun akhir sikit.

Atulah antara rutin harian Bapa, Ma… Sejak kita inda lagi ada kan Ma… Alhamdulillah… pelahan-pelahan, Bapa dapat menggagahi dirinya untuk meneruskan hidup. Sukur tah jua.

Kita kan tau Ma…
Mun inda  ada masalah, Insya Allah. Bapa membuat perancangan kan ‘mengHAJIkan’ kedikita tahun dapan, Insya Allah…. Mudah-mudahan sampai hajat nya untuk kedikita.

Bah Ma…, atu saja dulu ku becerita arah kedikita. Tenangkanlah diri kita disana Ma... Kami disini sentiasa mendoakan kedikita. Bapa pun katanya tadi arahku masa ku melawat kedidia, ia selalu mendoakan kedikita. Inda kira ia duduk kah atau melimpang. Atu ucapannya arahku.


Salam hormat dan salam sayang untuk Mama dari Anak Mama yang dikejauhan…. dan   ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ


Sabtu, 2 Jun 2012

MAMA... DI JAME' ASR KU KUTIP KASIHMU...

11 Rejab 1433H

Untuk yang dirindui
Mama Kami Tersayang
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


ﺍﻠﺳﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻢ    Mama…..


Pertama-tama kudoakan semoga Mama sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan tergolong dikalangan umat Muhammad yang mendapat rahmat dan nikmat hidayah dari Allah s.w.t

Mama…
Hari ani, ingin ku becerita arah kita pengalamanku masa hari Khamis dan hari Jumat lapas (kemarin).

Kita tau Ma…
Masa hari Khamis lapas, dalam pukul 6:30 petang, ada Bapa menalipon aku.

“Hallo Sahrin,
“Oiii…, ngapa Pa?”
“Esok kemari kau?”
“Insya Allah Pa… ada kami turun tu”
“Bah… bawa kanak-kanak mu…”
“Au Pa… mungkin awal kami turun tu, tarus sembahyang Jumaat sana, malam ani siapa tidur di kampong Pa?”
“Antah… Si Rohana kali… Si Hajah inda belaku, Adi Billah kan periksa Quran”
“Au Pa… kanak-kanak ku pun periksa.”
“Cuba kau talipunkan Si Rohana”
“Bah… aku cuba menalipon kedidia…”

Ku tutup taliponku selapas Bapa kudangar menutup taliponnya.

Kita tau Ma…,
Mun kita mendangar macam mana bunyi suara Bapa, mesti kita tau cemana hati Bapa. Aku pun sudah inda dapat kan memgambarkan lagi cemana. Malam atu aku selalu memikirkan Bapa. Malam atu sudah kurancang apa yang akan terjadi esok pagi.

Mun Kita kan tahu Ma…, sebenarnya Jumaat atu Bapa mengadakan Majlis Tahlil di Kampong untuk kedikita. Memang sudah niat Bapa kan melagau orang kampong untuk majlis atu. Aku pun pernah becakap arah Bapa.
                “Pa…, Orang kampong ani pun berhak menyedekahi Fatihah untuk Mama…” atu antara cakapku arah Bapa. Hari Jumaat atu, aku mengambil off-day untuk betahlil atu.

Sudah keesokkan paginya, biniku mendapat panggilan dari kakanya yang memberitahu anak abangnya meninggal dunia. Jadi kami pun begagas ke Hospital, pasal ia meninggal di Hospital RIPAS. Sebelum kami jalan, aku memberitahu biniku, “kalau awal selasai, ketani singgahi tarus bis Si Aidil sama adik-adiknya ketani bawa ke Kampong”.

Sampai kami dihospital, aku bejumpa dengan iparku yang mendapat musibah ani. Rupanya, jenazah anaknya sudah kana bawa ke Masjid Jame’. Kami pun tarus ke Masjid Jame’.

Di Masjid Jame’, jenazah anak iparku ani kana sucikan. Dan dalam kami menunggu ia selasai disucikan, hatiku mula terasa sebak. 5 bulan labih dulu, jenazah kedikita kana bawa ke tempat yang sama untuk disembahyangkan. Dan hari atu, aku inda dapat datang menyembahyangkan kidikita. Dan ani…, aku datang ketempat ani untuk upacara yang sama, tapi bukan untuk memaduli kedikita Ma…

Mama…
Alhamdulillah, aku dapat membuat sebaik mungkin menolong iparku ani Ma... Kubayangkan yang aku memaduli kedikita masa kedikita diusong kesini… di Masjid Jame’.

Lapas dari Masjid Jame’, jenazahnya kana hantar kerumahnya di Rimba. Aku pun ikut dalam kereta Jenazah, macam aku menghantar kedikita ke Pusara kedikita.

Dirumah iparku, jenazah anaknya akan disemadikan lepas Sembahyang Jumaat. Lapas Sembahyang Jumaat, ingatku kan majlis Bapa. Majlis untuk kedikita Ma…, Jam ditanganku masa atu sudah pukul 1:45 petang. Ku talipon Si Busu, betanyakan majlis Bapa.
                “Bapa mencari kedikita…” Ucapan Si Busu atu membuatku menjadi inda tau apa kan kubuat.

Masa atu Ma… aku berada di dua persimpangan. Sama ada mendangani iparku menyempurnakan jenazah anaknya atau ke kampong menghadiri majlis untuk kedikita.  

Selepas membuat pertimbangan dan meneliti keperluan keberadaanku, aku memilih untuk menghadiri Majlis Tahlil untuk kedikita Ma… dan Alhamdulillah, aku menyempati majlis atu sebelum bermula selepas kira-kira seminit selepas ku datang.

Mama... Sedikit yang menjadi ralat bagiku apabila dalam Majlis Tahilil untuk kedikita atu, aku inda sampat membawa anak-biniku seperti yang ku rancang.

Mama…
Allah maha berkuasa bagi menguji hambanya setakat yang termampu dipikul oleh hambanya. Dalam situasiku atu Ma… aku menerima ujian untuk memilih 2 upacara dalam satu masa. Sama ada menolong iparku menyempurnakan jenazah anaknya atau menyenangkan hati Bapa dalam Majlis Tahlil untuk kedikita. Dan Alhamdulillah, kurasa pilihanku tepat. Aku dapat menghadiri Majlis Tahlil untuk kedikita disamping dapat memerhatikan dari jauh jenazah anak iparku sempurna disemadikan di tanah perkuburan “Tempat Maulana” yang nampak dari rumah ketani.

Mama…
Aku bersyukur aku dapat menolong orang sebagaimana harapan kedikita, tunjuk ajar kedikita arah kami untuk inda camah mata menolong orang yang di dalam kesusahan.

Terima kasih Mama… kerana mendidik aku macam ani. Mudah-mudahan kedikita mendapat rahmat diatas ajaran baik kedikita arahku. Dan mudah-mudahan rahmat atu sampai arah kita dan menjadi penawar kedikita di seberang sana. Amin.


Salam hormat dan salam sayang dariku untuk Mama…dan   ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ


Dari Anak Mama yang sentiasa mengingati Mama…