Sabtu, 14 April 2012

PUSARA KASIH BERBUNGA RINDU...

Terlalu barat rasaku untuk meneruskan bolg ani. Bukan kerana aku sudah ketandusan bahan, atau kekurangan ilham. Yang pasti, kenangan bersama Mama masih lagi segar terlintas difikiranku. Masih hangat tapak kaki Mama menjajah bumi untuk ku melupakan tiap detik bermanja arah Mama. Cuma, mungkin aku inda sekuat mana bila bedepan dengan gelora rinduku arah Mama. Macam manapun, atas kasihku arah Mama, aku akan terus mengenang Mama menerusi blog ani, akan ku terus menulis di sini.

Hari ani, 15 April, 2012, sudah berlalu 116 hari aku menjalani hidup ani tanpa tunjuk ajar Mama, inda lagi ada suara lembut Mama menjawab telefon. Dan aku masih tetap menangis bila mengenang Mama. Aku inda mau hipokret. Aku masih menangisi pemergian Mama.


Tersentuh hatiku bila Si Alai becerita arahku. Bapa inda menyuruh kami memanggil tempat persemadian Mama dengan perkataan “kubur”. Bapa mau kami memanggil tempat Mama sebagai ‘PUSARA’. Sungguh tinggi kasih Bapa arah Mama. Aku dapat rasakan… hati Bapa masih hancur, Jiwanya sunyi dan… hidupnya kehilangan…

 "Pusara Mama di perkukuhkan dengan kasih Bapa supaya tanah inda susur. Atas rasa kasih Bapa, Pusara Mama merangkumi pusara menantu Bapa yang amat disayanginya"

"Pusara kasih berbunga rindu"

Terimbas ku suatu saat bila aku melawat Bapa di rumah. Masa atu pemergian Mama baru seminggu dua lamanya.
“Kalau ada orang betanya, bahapa Mama mu ke KK, kan ku liatkan ni arah durang” Bapa melihatkan arahku lipatan risalah yang dijumpainya di dalam bag Mama saat bag atu diserahkan oleh Shamsul (salah seorang mangsa yang terselamat) arah kami.

Bila kuperhatikan risalah atu, terdapat darah yang sudah kering pada kertas atu. Atu darah Mama, dan risalah atu adalah ‘Panduan Sembahyang Jam’a – cara sembahyang orang bermusafir’. Masih ku ingat waktu atu bapa mencium risalah atu sebelum ia menyimpan semula kedalam bag Mama.

Luluh rasa hatiku saat kuperhatikan Bapa saat atu. Malah, disaat ani.. bila ku kanang saja saat atu, aku masih mengalirkan air mata. Mama… aku…


PUSARA KASIH BERBUNGA RINDU

Disini
Kutabur kuntuman kemboja putih
Kusiram air mawar
Dan kubekalkan Mama dengan Al-Fatiah

Disini
Kuberbicara sepi
Menangis di dalam hati
Memandang pada alamatmu
Untukku mencari penawar rindu

Disini
Dipusaramu
Kasih Bapa menyeri istanamu
Membena sebuah tugu abadinya cinta
Biar dunia memisah kita
Disini kita bertemu

Disini
Pusara kasih berbunga rindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan