Rabu, 21 Mac 2012

MAMA... TANGANMU MENYUAPKAN NASI UNTUK KAMI...

Hari ani, genap 3 bulan kami kehilangan Mama. Hari ani, masih terasa kenangan pilu yang datang melanda dan… hari ani, terpanggilku ingin mengenang sedikit perjuangan Mama dalam menolong bapa untuk membela nasib kami sekeluarga.

Dalam sejarah riwayat hidupnya, Mama adalah orang yang kuat berusaha. Inda pernah mengenal erti kegagalan. Biarapa pun halangan datang menduga, Mama tetap memperjuangkan nasib keluarga kami sampai akhir hayatnya.

Pertamaku mengenal perjuangan Mama dalam menyara hidup kami, apa bila kami bermastautin di Kg Sungai Besar. Biarpun aku terlalu awal untuk mengenal erti sebuah penderitaan hidup, tapi… tiap kenangan sentiasa terbuku didalam ingatanku.

Disana, Si Awang (12thn), Aku (10thn) Si Aji (9thn) dan Si Alai (7thn) terpaksa “bekerja menjadi kuli” dalam pembenaan rumah orang. Aku masih ingat saat kami dalam usia kanak-kanak atu, terpaksa mengangkat kayu bakau untuk pailing dari pengkalan ke kawasan pembenaan rumah yang jaraknya lebih kurang 100 meter.

Dan dalam usiaku 10 tahun, kami terpaksa menggali lubang tiang selepas balik sekolah. Dan dengan keadaan kami yang telampau kamah oleh lumpur atu, Mama tetap menyambut kami dengan seraut wajah yang memang sukar kumengerti. Dari zahirnya Mama menyambut dengan ketawanya bagi mengubat rasa mengalih kami, tapi mungkin jauh disudut hatinya, kesian melihat kami yang terpaksa mengambil upah kerja buruh kasar (atas sukarela kami). Mungkin dari saat atulah Mama bertekat membela nasib kami.

Masih ku ingat suatu saat bila aku mendangani Mama mengukus adunan keropok di belakang rumah di Sungai Besar. Keropok atu kan dijualnya ke Tutong arah Bu Biah. Masa atu kuperhatikan wajah Mama yang disinari cahaya lampu belakang rumah. Jelas kulihat wajah Mama dengan tekun dan tabah mengadap bahang panas kukusan keropoknya. Mungkin perasan aku memerhatikan dirinya, Mama tiba-tiba becakap:
 “Andangnya Mit, iatah rasa mencari duit ni…”.

Alhamdulillah, berkat banyak belajar dimasa remajanya, Mama ada banyak pemandainya membuat makanan. Di Sungai Besar jua Mama membuat makanan. Antaranya: Kutumayang, Sapit, Selurut dan banyak lagi. Semua makanan yang Mama buat, aku pandai makan. Entah mengapa, bila orang lain membuat makanan atu, inda ada liurku kan makan. Semua kuih dan makanan yang Mama buat dapat dijualnya di Tutong.

“Sesungguhnya Allah hanya akan menduga hambanya setakat yang termampu dipikul oleh hambanya”

Di Sungai Besar kami mengalami kejadian buruk apabila rumah kami hampir terbakar berpunca dari dian. Api masa atu sudah menghanguskan tabir bilik Bapa-Mama. Dan untuk mengelakkan dari rumah terbakar, Mama terpaksa meragut tabir atu dari membakar siling rumah. Alhamdullilah, berkat usaha nekad Mama, api dapat dipadamkan… tapi tangan Mama hangus.

Bermula saat atu, pergerakan Mama terbatas untuk membuat makanan. Tapi masih digagahinya untuk terus berusaha, untuk dijual ke Tutong.

Suatu petang, disaat tangan Mama masih belum sembuh, kami didatangi oleh “keluarga yang tidak diundang”. Dapat ku lihat dalam kejadian atu, “keluarga” ani datang macam gangstar. Bapa waktu atu dikerumuni oleh beberapa orang dari “ahli keluarga” ani. Dan Mama…, tangannya yang masih sakit di pulas oleh salah seorang lagi “ahli keluarga” ani. Saat atu Mama merintih kesakitan…

Terlalu sukar untuk kupercaya waktu atu bila Bapa dikerumuni dan Mama kesakitan dipulas tangannya. Arwah Nini masa atu masih ada. Ia cuba menghalang “iparnya anak beranak” mengulahkan bapa macam atu. Inda sanggup melihat kejadian atu, kukipak Si Busu dan kubawa ke belakang rumah. Dalam otak ku masa atu sudah inda menantu. Mungkin masa atu niatku untuk menyelamatkan diri.

Alhamdulillah, kami masa atu masih dianugerahkan nasib yang baik oleh Allah biarpun kami terpaksa meninggalkan rumah halaman kami malam atu jua. Bapa sedar, Mama sedar dan Arwah Nini masa atu pun sedar, kami cuma ‘dagang’ di sana. Sukur jua Bang Aji dapat membawa kami ke Kg Saba malam atu jua.

Kehidupan di Kg Saba, inda menghalang Mama dari terus berusaha membuat makanan. Sesudah tangan Mama sembuh, Mama meneruskan usahanya membantu Bapa dalam menyara kehidupan kami. Di kampong, Mama dapat membuat business kecil-kecilan dengan membuka gerai Soto. Pelanggan tetap kami antaranya Si Gandam dan Si Johan. (jaguh main guli).

Luput tahun berlalu, Mama dapat mengembangkan usahanya sampai Mama mempunyai perusahan sendiri membuat kuih Sapit. ‘USAHA NORHAYATI’, ya… atu nama perusahaan Mama. Waktu atu atas usaha Bapa jua, Mama dapat membekalkan kuih Sapit ke Pusat Perbekalan Negara di Beribi yang masa ani dikenali sebagai BINA. Dari sana business Mama berkembang sikit. Alhamdulillah.

Dan dalam beberapa tahun kebelakangan ani, Mama aktif dalam penjualan produk berasaskan udang. Antaranya Udang beku, Udang Kering dan Keropok Udang. Biarpun Mama tahu untuk bersaing dipasaran sangat payah, tapi ia inda pernah mengenal erti putus asa. Alhamdulillah, dengan usaha yang beterusan, Mama dapat menghasilkan Keropok Ubi Manis yang mendapat sambutan.

Aku ingat Mama ada membawa Keropok Ubi Manis ani menjadi bekalnya melawat ke Sabah dan untuk disedekahkannya. Dan mengikut cerita kawannya yang terselamat dalam nahas, sempat jua Mama ditelefon oleh seorang Cina yang mahu bekalan keropok.

Dan masa ani… semuanya sudah terhenti. Terhenti untuk seketika. Sukur jua Mama sampat mengajarkan cara-cara membuat keropok ani arah Bis Si Aji, Si Minah & Si Alai.

Dan pada hari ani, genap 3 bulan, Mama bergelar seorang pengusaha telah meninggalkan alam perniagaannya. Meninggalkan alam keusahawannya. Dan meninggalkan ilmu perusahaannya kepada anak-anaknya.

"Mama... sebutir nasi yang kau suapkan kemulut kami telah menghasilkan sebuah kehidupan yang sempurna buat kami semua... Dan setitis airmatamu membasahi pipimu menahan kesakitan, akan ku ingat hingga kita bersatu semula..." dari Anakmu yang tetap merinduimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan