Sabtu, 17 Mac 2012

MISI WAKAF UNTUK MAMA

16/3/2012, Bis Bapa membuat perjalanan ke KK untuk menyempurnakan satu misi menyampaikan hajat untuk berwakaf ditempat dimana Mama disempurnakan iaitu Masjid Pangkalan Tentera Loq Kawi, Sabah,

Malam sebelum atu, macam biasa, kami akan mengadakan Majlis Sembahyang berjemaah Maghrib dan Isya yang diselajurkan dengan membaca Tahlil untuk Mama. Habis Sembahyang Isya, kami akan menikmati jamuan bersama-sama. Dalam sama-sama menikmati makan malam atu, entah cemana, aku duduk semeja dengan Bapa.

“Daras rinduku kan Mama mu Rin…”
“Au Pa…, sama-sama ketani rindukan kedidia…” suasana menjadi diam
“Hari atu… mimpi ku kan Mama bah…, perasaanku ia ada sama-sama kita. Diurutnya dada kita. Ia macam menunjukkan cara memaduli kita bah…” ceritaku arah Bapa pasal mimpiku berjumpa Mama. Tanpa dapat tahan, mengalir airmataku menahan sebak.
“Aku pun terasa macam ia masih ada bah…” jawab Bapa
“Sabar saja ketani Pa…, Mudah-mudahan ia tanang “disana” “. Meliat bapa saat airmataku mengalir.
Lapas atu, batah kami tediam. Diam untuk meredakan rindu didada masing-masing.

“Masuk ku dulu Rin… kan berehat ku…” Bapa bersuara sayu arahku. Dalam ia becakap atu, tedengar olehku ada irama pilu disebalik suaranya atu.
“Berehat tah kita, esok kita kan jalan jauh” sambil bediri dan bejalan ke rumah Si Aji, kuperatikan Bapa bejalan dalam keadaan perlahan dalam mengimbangi dirinya yang dirundung rasa kehilangan…


Ketika aku, Si Alai dan Si Busu becakap-cakap sementara menunggu catering memanyap, Bapa datang semula sambil membawa bajunya yang kan dipakainya eson ke KK. Dapat kuperhatikan bapa seolah-olah inda ada hala tujuan. Selepas ia menaruh bajunya di rumah Si Busu, ia keluar semula menuju rumah Si Aji. Di luar rumah Si Aji, bapa mundar-mandir tanpa tujuan seolah-olah mencari sesuatu. Banar… Bapa sebenarnya mencari sesuatu. Mencari bayangan Mama… Si Alai sempat memerhatikan tingkahlaku bapa yang kesedihan….

16/3/2012 – 9:25 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Rupanya Bapa balik malam atu jua. Kalau ikut perancangan, Bapa akan bemalam di KK dan sampai di Temburong, ia akan naik speed boat ke Bandar. Malam atu, aku sekeluara bersama Si Dayang sekeluarga, Si Wasid & tunangnya menunggu Bapa yang balik dari KK. Si Busu malam atu telambat datang.

Dalam Ruang Ketibaan kulihat bapa bejalan keluar menuju kami yang menunggu. Belum sampat ku betanya arahnya perkhabaran di KK, Bapa sudah awal becakap.

“Hancur rasa hatiku Rin…, Inda ku sanggup rasanya lagi… Alum tah ku kan belayar-layar dulu ni…” dalam tenang Bapa becakap menahan rasa sedihnya. Aku cuma mampu diam seketika.
“Sabar tah Pa… sampai sudah hajat kita tu menyampaikan wakaf kita untuk Mama tu…”

Dalam bejalan bersama Bapa dan keluarga, sempat ku menganang cerita 3 bulan lapas. Hasil cerita Si Busu arahku.
“Pehin… orang balik belayar membawa buah tangan, tapi Kaola balik membawa jenazah…” antara kata-kata bapa arah Pehin Menteri semasa balik dari KK membawa jenazah Mama di Ruang Ketibaan.

Malam atu, tefikir ku mengapa Bapa inda dapat bemalam di KK. Aku faham… hati mana yang dapat tenang bila berada di bumi dimana Mama “kembali”... Mata mana yang dapat menahan air mata bila melihat semula tempat Mama disempurnakan… Dan perasaan mana yang inda hiba bila datang semula ketempat dimana kali terakhir bertemu dan berjumpa dengan Mama… Mama yang sudah kaku…

“Ya Allah… Ku terima segala Qada dan Qadar darimu. Dengan pasrah ku terima ketentuan Mu dan… dengan rela ku terima untung nasibku. Ya Allah… berilah kekuatan kepada kami, dalam kami meneruskan langkah-langkah kami ini tanpa ada Mama disisi kami… Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani lagi Maha Bijaksana.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan