Sabtu, 2 Jun 2012

MAMA... DI JAME' ASR KU KUTIP KASIHMU...

11 Rejab 1433H

Untuk yang dirindui
Mama Kami Tersayang
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


ﺍﻠﺳﻼﻡﻋﻟﻴﻜﻢ    Mama…..


Pertama-tama kudoakan semoga Mama sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan tergolong dikalangan umat Muhammad yang mendapat rahmat dan nikmat hidayah dari Allah s.w.t

Mama…
Hari ani, ingin ku becerita arah kita pengalamanku masa hari Khamis dan hari Jumat lapas (kemarin).

Kita tau Ma…
Masa hari Khamis lapas, dalam pukul 6:30 petang, ada Bapa menalipon aku.

“Hallo Sahrin,
“Oiii…, ngapa Pa?”
“Esok kemari kau?”
“Insya Allah Pa… ada kami turun tu”
“Bah… bawa kanak-kanak mu…”
“Au Pa… mungkin awal kami turun tu, tarus sembahyang Jumaat sana, malam ani siapa tidur di kampong Pa?”
“Antah… Si Rohana kali… Si Hajah inda belaku, Adi Billah kan periksa Quran”
“Au Pa… kanak-kanak ku pun periksa.”
“Cuba kau talipunkan Si Rohana”
“Bah… aku cuba menalipon kedidia…”

Ku tutup taliponku selapas Bapa kudangar menutup taliponnya.

Kita tau Ma…,
Mun kita mendangar macam mana bunyi suara Bapa, mesti kita tau cemana hati Bapa. Aku pun sudah inda dapat kan memgambarkan lagi cemana. Malam atu aku selalu memikirkan Bapa. Malam atu sudah kurancang apa yang akan terjadi esok pagi.

Mun Kita kan tahu Ma…, sebenarnya Jumaat atu Bapa mengadakan Majlis Tahlil di Kampong untuk kedikita. Memang sudah niat Bapa kan melagau orang kampong untuk majlis atu. Aku pun pernah becakap arah Bapa.
                “Pa…, Orang kampong ani pun berhak menyedekahi Fatihah untuk Mama…” atu antara cakapku arah Bapa. Hari Jumaat atu, aku mengambil off-day untuk betahlil atu.

Sudah keesokkan paginya, biniku mendapat panggilan dari kakanya yang memberitahu anak abangnya meninggal dunia. Jadi kami pun begagas ke Hospital, pasal ia meninggal di Hospital RIPAS. Sebelum kami jalan, aku memberitahu biniku, “kalau awal selasai, ketani singgahi tarus bis Si Aidil sama adik-adiknya ketani bawa ke Kampong”.

Sampai kami dihospital, aku bejumpa dengan iparku yang mendapat musibah ani. Rupanya, jenazah anaknya sudah kana bawa ke Masjid Jame’. Kami pun tarus ke Masjid Jame’.

Di Masjid Jame’, jenazah anak iparku ani kana sucikan. Dan dalam kami menunggu ia selasai disucikan, hatiku mula terasa sebak. 5 bulan labih dulu, jenazah kedikita kana bawa ke tempat yang sama untuk disembahyangkan. Dan hari atu, aku inda dapat datang menyembahyangkan kidikita. Dan ani…, aku datang ketempat ani untuk upacara yang sama, tapi bukan untuk memaduli kedikita Ma…

Mama…
Alhamdulillah, aku dapat membuat sebaik mungkin menolong iparku ani Ma... Kubayangkan yang aku memaduli kedikita masa kedikita diusong kesini… di Masjid Jame’.

Lapas dari Masjid Jame’, jenazahnya kana hantar kerumahnya di Rimba. Aku pun ikut dalam kereta Jenazah, macam aku menghantar kedikita ke Pusara kedikita.

Dirumah iparku, jenazah anaknya akan disemadikan lepas Sembahyang Jumaat. Lapas Sembahyang Jumaat, ingatku kan majlis Bapa. Majlis untuk kedikita Ma…, Jam ditanganku masa atu sudah pukul 1:45 petang. Ku talipon Si Busu, betanyakan majlis Bapa.
                “Bapa mencari kedikita…” Ucapan Si Busu atu membuatku menjadi inda tau apa kan kubuat.

Masa atu Ma… aku berada di dua persimpangan. Sama ada mendangani iparku menyempurnakan jenazah anaknya atau ke kampong menghadiri majlis untuk kedikita.  

Selepas membuat pertimbangan dan meneliti keperluan keberadaanku, aku memilih untuk menghadiri Majlis Tahlil untuk kedikita Ma… dan Alhamdulillah, aku menyempati majlis atu sebelum bermula selepas kira-kira seminit selepas ku datang.

Mama... Sedikit yang menjadi ralat bagiku apabila dalam Majlis Tahilil untuk kedikita atu, aku inda sampat membawa anak-biniku seperti yang ku rancang.

Mama…
Allah maha berkuasa bagi menguji hambanya setakat yang termampu dipikul oleh hambanya. Dalam situasiku atu Ma… aku menerima ujian untuk memilih 2 upacara dalam satu masa. Sama ada menolong iparku menyempurnakan jenazah anaknya atau menyenangkan hati Bapa dalam Majlis Tahlil untuk kedikita. Dan Alhamdulillah, kurasa pilihanku tepat. Aku dapat menghadiri Majlis Tahlil untuk kedikita disamping dapat memerhatikan dari jauh jenazah anak iparku sempurna disemadikan di tanah perkuburan “Tempat Maulana” yang nampak dari rumah ketani.

Mama…
Aku bersyukur aku dapat menolong orang sebagaimana harapan kedikita, tunjuk ajar kedikita arah kami untuk inda camah mata menolong orang yang di dalam kesusahan.

Terima kasih Mama… kerana mendidik aku macam ani. Mudah-mudahan kedikita mendapat rahmat diatas ajaran baik kedikita arahku. Dan mudah-mudahan rahmat atu sampai arah kita dan menjadi penawar kedikita di seberang sana. Amin.


Salam hormat dan salam sayang dariku untuk Mama…dan   ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ


Dari Anak Mama yang sentiasa mengingati Mama…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan