Isnin, 14 Mei 2012

KU KIRIM WARKAH DICURAHAN AIR MAWAR

Salam buat
Mama Kami Tersayang.
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


Hari ani, 22 Jamadilakhir 1433 ketani betamu lagi melalui kiriman warkahku untuk kedikita. Ku  sentiasa berdoa kehadrat Allah s.w.t moga Mama sentiasa mendapat rahmat dari NYA dan menerima kirama doa yang inda pernah putus dari kami.

Mama… Sejujurnya, hati ani sentiasa ingin berbicara bedapanan dengan kita, lebih-lebih lagi bila aku menerima tekanan. Tetapi semua atu inda mungkin untuk terjadi. Cuma untuk ku meringankan bebak tekananku unjarankan kedikita, ku kirimkan warkah ani saja melalui renjisan air mawar dipusara Mama. Hanya atu yang mampu kubuat dan menjadi penghubung aku berbicara dengan kedikita.

Mama…
Mama tau?, Malam Jumat lapas kami seperti biasa mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib, bertahlil dan Sembahyang Isya berjemaah. Kali ani di rumah Si Alai di Sungai Besar. Dan untuk sekian kalinya, bila Si Billah mengimamkan, pasti terasa hatiku ani tergamit, terusik dan terkanangkan nasib kita.

Disaat Si Bilah membaca setiap baris ayat dari Surah Al-Fatihah, pasti hatiku terasa sayu. Macam dapat kurasakan kedikita ada bersama kami sembahyang berjemaah. Mungkin keikhlasan Si Bilah mengimamkan atu, aku terasa aku hampir dengan kedikita, Mama… Aku rindukan kedikita…

Kita tau Ma…
Dapat kurasakan jua, Bapa pun merindui kedikita. Selalu kuperhatikan, Bapa akan cuba untuk menyendiri, melarikan diri dari kumpulan kami bila lapas makan malam. Kadang-kadang, ia akan cuba menidurkan diri biarpun balum lagi waktunya ia kan tidur. Kita tau Ma..? Ku kira Bapa cuba untuk mencari bayang diri kedikita didalam lenanya.

Kalau kita masih ingat Ma…, Kita selalu membalikan minyak harum untuk Bapa. Bapa pernah cakap arahku yang kadang-kadang kedikita sendiri selalu memakaikan minyak harum atu arah bajunya. Iatah ada satu hari atu Ma.., ia keciuman bau minyak harum yang ku pakai. Nya bapa:
“Nyaman minyak harum mu Rin…, dulu Mama mu selalu membalikan ni minyak harum cemani ani… Marah tu ia mun ku inda memakai. Kadang-kadang ia lagi memakaikan tu…”.

Tersentuh hatiku Ma..., Lapas atu Ma…, ku carikan minyak harum yang sama dengan yang ku pakai. Tapi inda ada. Jadi kubagi tah saja minyak harum yang ada arah ku atu.


Lebih kurang 3 minggu lapas, ada Bapa menalipon aku Ma…, ia minta balikan lagi minyak harum atu. Nasib jua biniku ada membali awal dan ditaruhkannya untuk Bapa.

Dapat kurasakan yang Bapa merasa yang kedikita sentiasa berada disampingnya bila ia mencium bau haruman atu. Bau haruman atu yang mendekatkan Bapa dengan Kedikita Ma…

Mama…
Suatu saat dan suatu ketika bila aku kerinduan kan kedikita, aku akan terasa dunia ani terlalu sunyi. Tapi Alhamdulillah jua Ma… disekelilingku ada orang yang dapat menceriakan aku. Aku ada Bapa untuk sama-sama berbincang untuk menyambung jariah kedikita, ada keluarga yang kedikita restui, anak-anak kedikita yang menjadi adi-beradiku, dan cucu-cucu kita yang banyak mewarnai hari-hariku yang kulalui. Mun kita ada Ma… mungkin kita akan turut terhibur oleh cucu-cucu kita terutama Si Hazwan yang menjadi lucu. Dan bila ku keraja, aku akan terhibur oleh kawan-kawanku yang sekepala denganku terutama Hj Mas, Hjh Fau dan Suzanah. Kita tau Ma… durang yang banyak mengusir kekosonganku. Alhamdulillah…

Mama…
Mungkin ani saja dulu yang ingin ku kongsikan saat-saat yang kulalui sewaktu kita berada jauh nun disana. Insya Allah aku akan mengirimkan perkhabaran lagi melalui curahan air mawar di pusara Mama. Jadi, sebelum waktu atu datang lagi, ku panjatkan doa untuk Mama kehadrat Allah s.w.t moga Mama sentiasa dianugerahi rahmat dan hidayat diatas segala jariah Mama di dunia kami. Amin…


Salam sayang dariku untuk Mama…

Anakmu…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan