Ahad, 20 Mei 2012

MAMA, KUKHABARKAN RINDU BAPA UNTUK MAMA....

29 Jamadilakhir 1433H

Salam buat,
Mama Tersayang,
Pusara Kasih Berbunga Rindu.


ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Mama..,
Kudoakan Mama sentiasa dalam lingkungan orang-orang yang mendapat rahmat dan hidayah dari Allah s.w.t . Tiap hari-hari yang ku lalui, tidak pernah kulupa memohon kehadrat Allah s.w.t. agar Mama sentiasa mendapat kiriman doa dan Al-Fatihah dari kami di dunia seberang sini.

Mama…,
Sebenarnya rancanganku tadi petang, aku, biniku dan Aidah kan turun ke Kampong melawat Bapa. Bis Aidil dan Adik belajar mengaji. Jadi durang bedua inda ikut.

Sudah kami sampai di Bandar, kuliat hari atu kan hujan. Jadi terpaksa kami inda jadi turun ke Kampong. Aku cuba menelifon Bapa kan memberitahu yang kami inda dapat turun, pasalnya hari kan hujan. Udah beberapa kali ku cuba, talipon Bapa inda bejawab.

Disebalik inda jadi turun ke Kampong, biniku mencadangkan kami menziarahi pusara kedikita. Dan Alhamdulillah, hajat kami sampai membacakan tahlil biarpun rintik-rintik hujan mula turun diakhir bacaanku.

Selepas kami menziarahi pusara kedikita, aku cuba lagi menelifon Bapa kan memberitahu yang kami inda sampat turun, lagipun pasalnya, kan mengambil bis Aidil dan Adik balik mengaji pukul 4:30.  Baru tah Bapa menjawab.

Ma… kita kan tau apa yang ku beritahu bapa? Cemani bunyinya:
“Hallo Pa… behapa kita?”
“Ni… duduk ah…”
“Tadi kutalipon kita, Kami atu kan turun tadi, rupanya kita ada majlis di Saba Darat nya Si Aji, inda tah jadi kami turun, lagipun hari kan hujan usulnya.“
“Au…”
“Iatah… ke Pusara Mama ganya kami, betahlil…”
“Rindu ku kan kedidia Rin… Inda ku kan tetinggalkan rumah ani rasanya…” suara bapa sebak menahan tangis.
“Au Pa… kami pun sama jua rindukan kedidia… sabar saja Pa…ah…”

Atu antara bunyi cakap kami ditalipon Ma… Bapa atu telampau rindu kan kedikita. Masa ani aku dan mungkin semua anak-anak kita cuba mencari jalan kan menolong kedidia. Seboleh-bolehnya kan membuat kedidia sibuk tapi masih mengingati kedikita.

Mama…
Kiranya suara hatiku melalui warkah ani dapat sampai arah kita, biar cemana pun caranya, aku mengharap kiranya kedikita ikut bersama kami, anak-anak dan cucu-cucu kita untuk sama-sama mendoakan mudah-mudahan Bapa akan tabah menjalani kehidupannya sendirian tanpa kedikita.

Mama…
Sampai sini saja dulu Mama ah, untukku becerita arah kita. Mudah-mudahan ada lagi ruang untukku “becerita bedepanan dengan kita” melalui warkah ani. Insya Allah.

ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Dari anakmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan