Jumaat, 20 Julai 2012

MAMA.. ANIDAI AKU TERPAKSA BAHAGIA, AKU AKAN BAHAGIA UNTUK MAMA...

ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ
Buat Mama yang sentiasa hidup dihatiku…
Mama…
Hari ani, 30 Syaaban, adalah hari terakhir untuk kami menunggu Kedikita untuk datang “melawat” kami. Mama… jam ditanganku sudah hampir 5 petang. Dan hanya tinggal 1 jam labih saja lagi untuk biskita di Alam seberang sana untuk bersama-sama kami mendapat limpahan rahmat Ramadhan yang mulia.
Mama…
Pintu rumahku sentiasa terbuka untuk menanti “kedatangan kedikita” melawat kami sekeluarga. Kami sekeluarga amat merindui kedikita.
Kita kan tau Mama…
Kemarin ada majlis Bersama Rakyat. Dan seperti biasa, aku akan sentiasa mendangani Bapa dalam majlis atu. Macam tahun-tahun yang lapas, suasana hari atu cukup meriah. Tapi dalam kemeriahan atu, hatiku terusik bila teringat kan kedikita. Tiap-tiap tahun kedikita akan memaduli Bapa sebelum Bapa ke padang. Mun Mama masih ingat, kita jua yang kadang-kadang mendangani Bapa dalam meramaikan kem Mukim Saba di padang. Tapi tahun ani, kemeriahan hari atu turut terselit sebuah duka disudut hatiku.
Pagi atu kutalipun Bapa, betanyakan kem ketani nombor berapa walaupun aku sudah tahu kem ketani nombor 40 & 41. tapi sekadar kan mendangar suara Bapa dipagi hari tanpa kedikita memaduli kedidia. Sediah kah kedidia?
“Pa… dimana kita?”
“Ni di rumah lakat”
“Ah…  kem ketani nombor berapa?”
“No 40 sama 41”
“Bah… aku di Bandar sudah ni, kita alum jalan?”
“Baruku kan bebaju…” jawab Bapa sedikit perlahan
“Ah… Bah, aku sama biniku menunggu di kem saja”
“Ah?... siapa dangan mu?”
“Biniku… ia kan beziarah sama Sultan”
“Bah… tunggu saja di kem atu” cakap Bapa sedikit ceria mendengar biniku ikut meramai kem kami.

Ada masa atu jua kan Ma..., Bapa kan minum tapi inda ada minuman panas. Kesianku jua. Berangkali mun kita masih ada dan ikut, mungkin biskita bebata minuman. Dapat jua kan diminum. Jadi bejalan tah ku kadai membalikan Bapa minuman.
Mama…
Bersempena ketani kan berada di gerbang Ramadhan yang inda lagi batah ani, inginku bertekad arah kedikita sama Bapa.
“Bapa… Mama…, seandainya aku ditakdirkan untuk terpaksa bahagia, aku akan bahagia… dan jika aku perlu menangis, aku akan menangis… semua ani kulakukan semata-mata untuk kebahgian Bapa dan Mama…”
Mama…
Andai Ramadhan sudah tiba, Aku meminta arah Mama, untuk mendoakan kami semua, untuk selamat dan sempurna. Aku akan sentiasa meminta dan berdoa pada Allah s.w.t untuk kerahmatan kedikita di sana.
Mama… sampai sini saja dulu. Insya Allah, ketani berjumpa di bulan Ramadhan ani. Terimalah kiriman salamku untuk Mama diahkir petang ani untuk menjadi penawar rindu Mama arah kami semua. Al-Fatihah untuk Mama…  Amin
ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan