Selasa, 17 Julai 2012

MAMA... RESTU BAPA MAMA ADALAH ANUGERAH BAGIKU

ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ
Buat Mama yang dikasihi selamanya.

Mama…
Alhamdulillah kemarin (Isnin, 26 Syaaban) kami ada mengadakan Majlis Tahlil untuk abis kita yang telah kembali. Majlis atu dapat mengumpulkan keluarga-keluarga ketani yang dulunya di Saba. Dan Tahlil pada hari atu dibawai oleh menantu kedikita Si Billah.

Mudah-mudahan, tiap ayat dan doa yang kami pohonkan kehadrat Allah s.w.t dapat memberi rahmat untuk Mama dan seluruh keluarga ketani serta seluruh muslimin dan muslimah yang bersama kedikita dialam sana.

Lapas majlis atu kan Ma…, Bapa ada memanggil kami semua termasuklah semua menantu dan cucu-cucu Biskita. Bang Mat saja inda ada masa atu, mungkin ia keraja. Tapi masa Tahlil, ada ia.

Dalam perkumpulan atu kan Ma…, Bapa dengan rasa sebak dan pilu di hati, mengimbau semula riwayat cinta Kedikita sama Bapa. Bermula dari keadaan Biskita yang dikira miskin sampai sebilangan orang mengkategorikan Biskita “inda terangkat kepala tahai” – (perambahan Brunei), sampailah saat-saat kegemilangan Biskita (sampai orang lain pun sanggup mencium tangan Bapa tanda hormat).

Ingin rasanya kuluahkan dalam blog ani Ma…, segala isi kandungan hasil perkumpulan atu, tapi terlalu mustahil untukku menterjemahkan dengan kata-kata. Cuma terdapat beberapa perkara yang ingin kusampaikan arah kedikita Ma…, pasal segala pembarian Biskita arah ku dan keluargaku.

Antara ucapan bapa kemarin atu kan Ma...
"banyak-banyak kamu, Sahirin saja yang kurang ku bari. Apakan daya waktu atu kami inda berkemampuan.." bapa berucap macam rasa bersalah. Kalau Bapa sudah rasa macam bersalah, yang pasti kan Ma... aku labih rasa bersalah pasal membuat Bapa rasa bersalah.

Mama…
Atas didikian Biskita, Aku buka orang yang suka bersumpah, tetapi akan sedaya upayaku untuk jujur pada semua, selagi kupikirkan wajar. Namun… pada ketika ani, inginku menyatakan pengakuan tulus ikhlasku yang terbit dari hatiku yang telah Biskita didik.


“Bapa dan Mama … Sejak kumengenal erti sebuah kehidupan, bergelut dengan dugaan, menderita dengan hinaan dan merasai erti sebuah keluarga yang dagang hingga dihalau dari halaman sendiri, telah kutekadkan di hatiku, aku akan menjaga hati Biskita bedua. Inda ku mau untuk melukakan hati dan perasaan Biskita. Inda ku sanggup lagi untuk melihat Biskita menderita,  Inda ada niatku untuk membebankan kedikita. Dan… Alhamdulillah, ani pun sudah syukur, aku mempunyai Biskita Bedua.

Bapa … Mama …,Dengan nama Allah s.w.t yang menciptakan ketani untuk menjadi Umat Muhammad, Aku… sebagai anak ketiga Biskita, sehingga kehari ani, Alhamdulillah, aku inda pernah menagih biar sekecil butira pasir pun keadilan dari Biskita Bedua.

Sesungguhnya, siapa lah aku untuk menuntut keadilan dari Biskita, sedangkan aku sendiri inda pernah tahu, macam mana susah payahnya Biskita mendidik aku berbanding dengan anak-anak Biskita yang lain. Mungkin saja masa damitku, aku banyak menyusahkan kedikita bedua.

Contohnya saja permakananku yang telampau pemilih. Tiap hari Mama akan memikirkan untuk menyediakan makanku. Biskita sendiri maklum dengan jenis permakananku yang cukup terhad. Dan bila aku sudah berjinak-jinak makan ayam, Mama akan menyajikan aku dengan peha ayam biarpun adi-beradiku kan mau jua. Dan bila makan udang, Mama akan memilihkan udang besar untukku walhal adi-beradiku udang bedamitan.

Pada Bapa pula, aku inda lupa yang aku setiap hari dihantar dan diambil balik dari sekolah menggunakan kereta berbanding adi-beradiku terpaksa berjalan lebih 1km untuk kesekolah.

Bukan Bapa dan Mama yang memilih kasih, tapi keadaan diriku yang memaksa Biskita bersusah hati. Bayangkan saja andainya waktu kecilku permakananku sama dengan adi-beradiku yang lain dan waktu atu aku mendapat keputusan memuaskan, pasti saja aku akan sama sekolah dengan adi-beradiku. Pun cematu, nasib baik Nini Intan masih ada untuk mengelinga aku diSaba dan adi-beradiku yang lain sudah balik ke rumah di Sungai Besar.

Bapa… Mama… Sejujurnya sejak ku mula mengenal erti kehidpan, satu pemberian yang amat berharga dan tiada ternilai dari Biskita yang inda mungkin dapat kubalas dan kulupakan hingga akhir hayatku, selain dari melahirkan dan membesar aku ialah RESTU BISKITA ARAHKU.

Mama… tatkala kedikta memberi RESTU padaku untuk ku mengahwini perempuan pilihanku dahulu, atulah pemberian kedikta yang amat kupohonkan. Aku masih ingat dihari pernikahanku, masih jelas waktu atu dalam kotak mindaku apabila airmataku hampir menitis disaat aku kan melangkah keluar pintu. Waktu atu kita ada berdiri siringku.

Dan…  Bapa… inda perlu kita rasa ralat dalam memberi keadilan dalam memaduli kami adi-beradi. Bagiku, tatkala kedikta MERESTUI aku sekeluarga, tiada satu pun dimuka bumi ani, untuk dapat menandingi RESTU kedikta pada keluargaku.

Bapa… Mama… dari RESTU Biskita bedua arahku atu, Alhamdulillah, aku dapat membena sebuah keluarga tanpa melukakan hati Biskita berdua. Dan dengan RESTU kedikita bedua atu jua dapat menyelematkan aku dari menjadi anak derhaka.

Bapa… Mama… seperti yang pernah kucakapkan arah Mama dulu, selagi biskita merasa bahgia memberi apa saja arah adi-beradiku, aku inda akan terusik hati kerana aku sendiri sebenarnya sudah mendapat lebih dari atu dari Biskita tanpa Biskita sedari. Aku mendapat BAPA MAMA YANG BAHGIA.”
 
Mama…
Kukira setakat sini saja dulu untukku berbicara dengan kedikita. Terlalu sebak hati ani untuk meneruskan bicara hati. Tambahan lagi bila kumendengar bisikan hati Bapa kemarin.
 
Mama…Doakan ku untuk kuat menanai amanat Bapa…

Sekian dan ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ








Tiada ulasan:

Catat Ulasan