Khamis, 5 Julai 2012

MAMA... KU RASA KESAKITAN MAMA...

Hari ani, 16 Sya'ban aku mengganti orang di Temburong. Pagi tadi aku sampat singgah ke Pusara Mama untuk meminta restu dari Mama dan bepadah yang aku kan ke Temburong hari ani. Alhamdulillah, di opis, dapat jua ku menluahkan sedikit beban yang terbuku dihatiku melalui blog ani.

Buat beberapa ketika, aku inda dapat update blog ani pasal laptopku dterpaksa dihantar kadai. Dalam tempoh hampir 3 minggu atu, macam-macam yang kualami. Dan, yang paling kuat menghimpit aku apabila “press confrance” yang dibuat oleh pihak BOI (Board of Inquiry) berhubung keputusan siasatan punca kemalangan bas rombongan Muslimah yang Mama ikut.

Hancur hatiku bila Menteri Perhubungan mengumumkan bahawa “No direct cause” kemalangan atu. Langsung terbayang difikiranku kemungkinan yang terjadi disaat bas atu meniti saat-saat menuruni bukit selepas dari puncank.

Buat pertama kalinya kucuba paparkan setiap detik yang terbayang dimataku pada blog ani macam mana keadaan Mama waktu atu. Rasa ketakutannya mungkin ada apabila keadaan bas yang sudah amat membimbangkan, Dan ditambah lagi ketiadaan Bapa disisinya. Mungkin jua Mama menyebut nama-nama kami disaat dia sudah pasti keadaan buruk yang bakal dihadapinya tanpa kami disisinya. Dan yang pasti, Insya Allah, Mama pasti mengingat penciptannya.

Tatkala bas merempuh pokok, terbayang dimataku keadaan penumpang bas yang terhumban kesana-sini. Dan salah seorang dari mereka ialah Mama. Cuma teramat sukar untuk digambarkan keadaan Mama diwakut atu dengan kedudukan Mama yang duduk dibarisan hadapan.

Disaat bas merempuh pokok, Mama dalam keadaan cedera parah dan telah dibawa kehospital. Alhamdulillah... Mama masih hidup!!!. Dan... disinilah ketikanya aku sudah hilang sumber. Hilang bayangan dan hilang segala-galanya tentang perihal Mama. Yang pasti, aku cuma tahu yang Mama sudah “Kembali” pada malam Si Busu menelefon Hospital di KK.

Hasil dari rentitan peristiwa yang dapat kubayangkan dibenak mindaku, kuakui Mama menanggung ketakutan dan kesakitan yang amat dahsyat. Takut dengan keadaan yang tidak menentu tanpa Bapa disisinya untuk melindunginya dan kesakitan yang dideritainya tanpa ada kami untuk membelut lukanya.

Berbalik pada “press confrance” yang dibuat oleh pihak BOI, sebuah tandatanya pada diriku. Apakah BOI tulus dalam membentangkan keputusan?. Seandainya itulah sebenar-benarnya penemuan yang diperolehi tanpa ada sesuatu yang disembunyikan biarpun sehalus pasir, aku akan redha dan menerima dengan hati yang terbuka. Tapi andainya semua ani hanya “ibarat menarik rambut dalam tepung”, kuserahkan saja pada Ilahi untuk mengadilinya.

Seandainya ada ketidakjujuran terhadap penyesatan atu. yang pasti, penderitaan Mama, kesengsaraan Bapa, tekanan perasaan kami dan kesedihan cucu-cucu Mama sudah tidak terbela oleh mereka yang di beri amanah oleh Kebawah Duli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan