Ahad, 8 Januari 2012

BERMULANYA MENGALIR AIRMATAKU...2

Subuh atu, aku cuma dapat melelapkan mata beberapa minit. Setiap kali aku melelapkan mata, aku akan tebangun. Jam 6 pagi aku sudah bersiap kan ke Bunut untuk menunggu Mama. Kusuruh biniku akhir sikit pasal ia pun inda betidur. Takutku ia pening, kubiarkan ia berehat dulu. Inda apa.

Di Bunut, aku cuba menyediakan apa yang patut. Alhamdullilah, ipar-iparku pun inda payah kan disuruh-suruh. Si Billah tanpa pengetahuanku sudah menghubungi pihak tertentu untuk menyediakan kereta jenazah. Bang Mat memantau tanah perkuburan. Dan aku… aku cuma berdiri dihalaman rumah “Menunggu Mama…” dengan sekeping hati yang redha walaupun terlalu berat untuk kurelakan.

Dalam kumenunggu, aku ingat malam atu aku ada menghubungi Officerku memberitahu aku mengambil cuti emergency.
“Nim, esok aku mengambil cuti emergency,”
“Mengapa Rin?”
“My Mom accident di Sabah”
“Ya Allah…., baik ia inda apa-apa?”
“Alum pasti Nim…” jawabku masih mengharap keajaiban Mama masih hidup, biarpun aku dapat maklumat Mama sudah inda ada lagi…
“Mudah-mudahan selamat” tersentuh hatiku bila mendengar orang yang inda pernah mengenali Mama turut mendoakan keselamatan Mama.
“Minta maaf jua ku Rin, mungkin soalanku ani inda bisai bunyinya, tapi I have to, berapa hari kau kan cuti…?” Pegawaiku cuba sedaya upaya menjaga hatiku dengan soalan yang memang perlu ku jawab.
“4 hari Nim…” jawabku yang tanpa mengetahui bila sebenarnya aku harus bekeraja.
“Kalau 4 hari…, maknanya kau keraja hari Selasa tu ah? Bah, ok tu. Aku inform HR and menyuruh orang mengganti kau.”

Tersedarku dari lamunanku, aku terus memessage Officerku
“Nim, just to confirm, aku cuti 4 hari. My Mom meninggal dalam accident atu…”
“Salam. Inalillah…. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Banyakkan berdoa dan besabar…”


Selang beberapa minit, Hanim memessage aku lagi
“Salam, siapa nama your late mom…, kami kan membacakan tahlil…”
Selepas ku reply message atu, terasa sayu hatiku bila mengenangkan nasib Mama yang belum pun jenazahnya sampai di  bumi Darussalam, sudah berkumandang tahlil untuknya.

Sanak saudara semakin ramai datang untuk sama-sama menunggu jenazah Mama. Dalam ramai-ramai atu, ada jua saudara-mara yang jarang berjumpa.
“eh, siapa namanya ni ah?…”  tiba-tiba hatiku berkata bila melihat saudara yang sudah lama inda jumpa. Kenal rupa tapi inda tahu nama.
“cuba ku tanya Mama…” terhenti kata-kata hatiku samapi sana. Rupanya hatiku masih belum mahu menerima hakikat Mama sudah meninggalkan aku untuk selamanya.

Hari atu, aku banyak menerima message. Baik message dari kawan-kawanku, mahupun dari orang yang inda rapat denganku. Dalam masa ku menjawab setiap message atu, hatiku turut berkata “Sesungguhnya aku menjawab message ani bukan untuk meminta simpati orang, orang ani kan memberi penghormatan terakhir untuk Mama. Dan Mama berhak menerima penghormatan atu kalau orang mahu menghormatinya…”

Mengikut perancangan, semua jenazah akan sampai ke Brunei dan terus kana bawa ke Jame’ As’sannel Bolkiah untuk disembahyangkan. Lapas atu, baru jenazah Mama akan dibawa ke Bunut. Aku sendiri mahu ke Jame’.

Sebelum jenazah Mama mendarat di Lapangan Terbang Brunei, aku, Si Aji dan ipar-iparku kan masing-masing sibuk kan ke Airport dan ke Jame’. Entah macam mana, dalam sibuk-sibuk atu, aku inda sampat ke Jame’. Inda ku tahu mana silapnya walhal aku sudah merancang. Tinggallah aku di Bunut menunggu jenazah Mama dengan hati yang kosong. Aku cuma berdiri dilaman rumah. Yah… macam kataku arah biniku… “Aku kan menunggu Mama…”

Bila ku mendapat maklumat jenazah Mama sudah di Jame’, aku mengumpulkan semua yang sudi membaca Surah Yassin. Alhamdullilah, lebih kurang 5 minit selepas habis kami membaca Surah Yassin beramai-ramai, jenazah Mama pun sampai di halaman rumah. Terlalu pilu rasaku untuk menggambarkan keadaan masa atu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

“Mama, terlalu tinggi penghormatan orang arah kita Ma.... Ramai keluarga ketani datang menunggu kita. Kita kuhantar ke kubur pun kana escot oleh polis. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat Maaa..” bisik hatiku didalam kereta jenazah bersama jenazah Mama.

Diliang lahat, bapa menyuruh aku, Si Awang dan Si Aji untuk menyambut Mama. Tapi malangnya, Si Awang terpaksa membuat sesuatu perkara yang juga penting. Akhirnya, bapa sendiri yang manyambut jenazah Mama di liang lahat.

Dalam kami menyempurnakan jenazah Mama dalam liang lahat, entah macam mana, otakku befikir dan menganang semula bila kali terakhir aku melihat Mama.
“Bis Bapa, Si Awang, Si Aji, Si Alai dan Si Busu sampat meliat Mama biarpun sekadar sekujur tubuh yang kaku, tapi aku inda sempat apa-apa….”
Dalam aku menyambut dan menyempurnakan jenazah Mama untuk disemadikan di liang lahat, tanpa ku rancang dan tanpa kusedari, tanganku tarus mencari kaki Mama pasal masa atu aku berada dibahagian kaki. Ku ramas dan ku gengam tapak kakinya untuk 2-3 saat baru kurelakan. Atulah kali terakhir aku memingang Mama… Atu pun di liang lahat. Baru terubat rinduku sedikit. Kejadian atu akan kujadikan kenangan terakhirku dan bila rasanya ku rindu kan Mama, aku akan mengenang saat atu. Saat aku memingang tapak kakinya… saat tapak kakinya yang masih ku rasa atu masih ku rasa sampai hari ani. Akan ku kanang sampai akhir hayatku.

Mama… ampunkan dosa-dosa kami,…. Halalkan makan minum kami, anak-anakmu Mama…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan