Selasa, 10 Januari 2012

PERGI TAPI KEMBALI,...

16hb. November, 1948, telah lahir seorang anak bini-bini di Kampong Saba dari keluarga Haji Abdul Haji bin Jaludin dengan Dayang Timdah binti Bakar. Anak bini-bini atu diberi nama DAYANG @ DAYANG NORHAYATI. Dialah Mama kami…
(Kad pengenalan Mama Kami: 16/11/1948 – 20/12/2011)
(Passport Mama Kami yang sudah dibatalkan setelah ia tiada)

Di zaman remajanya, Mama bergaul dengan kawan seumurnya. Dengan suasana kekeluargaan, hubungan durang lebih akrab, macam adik-beradik. Di sana hidup Mama mula diwarnai dengan bermacam-macam kenangan. Baik yang manis bila sama kawan-kawan sebayanya, mahupun kenangan pahit apabila di usia remajanya mamanya meninggal dunia. Tanpa sebarang saudara kandung, hidup Mama dagang sebatang kara.

(Mama Kami sama kawannya masa di Kg Saba Hjh Asmah binti Hj Ahmad)

Mama menjadi yatim apabila mamanya meninggal dunia masa Mama masih belasan tahun. Dari saat atu, Mama kadang-kadang kana bawa oleh Nini Uda (Allahyarhamah Maimunah) ke Tutong untuk tinggal sama-samanya sementara.


(Mama bersama keluarga dari Tutong Hj Besar & Hjh Salbiah @ Bu Biah)

Kadang-kadang Mama akan tinggal dengan Allahyarham Nini Hj Maidin di Delima Satu.

(Allahyarham Nini Hj Maidin &  Allahyarhamah isterinya yg pernah menjaga Mama Kami di Kg Delima Satu)

Pada tahun 1965, Mama telah disunting oleh Bapa untuk diperisterikan. Dan dengan rundinan yang sepakat, akhirnya Bapa Mama telah selamat diijab-qabulkan dengan mendapat restu dari kedua-dua buah kelaurga.

(Gambar kenangan Bapa & Mama Kami dihari persandingan di Kg Saba)




Di alam rumahtangga, Bapa Mama inda terkecuali dari mendapat dugaan dan cubaan. Baik dari segi kewangan, mahupun dari segi hidup bermesyarakat. Terlalu kesian apabila Bapa Mama terpaksa bebasah bekaring demi untuk meneruskan hidup.

Alhamdulliah, berkat usaha Bapa Mama, hasilnya sudah nampak masa ani.

(Bapa & Mama Kami Berjaya mendidik kami semua menjadi insan yang sempurna sesempurna insan)

Bermula 15hb - 21hb Disember 2011, Mama Kami mempunyai jadual untuk melihat kebesarahan dan kekuasaan Allah s.w.t di Kota Kinabalu dengan mengikuti rombongan Muslimah Masjid Kg Mulaut. Dan, pada 24 Muharam, 1433H bersamaan 20hb. Disember, 2011 Mama Kami telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya.....  

(Untuk terakhirnya rakaman lakaran wajah Mama Kami sebelum "Perginya dan Kemabli...")

Ya Allah, pemergian Mama Kami ke Kota Kinabalu untuk melihat kebesaranMu, dan kembalinya kepada kami bersama Ilmu Akhirat di dadanya biarpun sekadar jasad yang telah disucikan... kami redha...



"Mama... kami doakan moga Mama ditempatkan bersama umat Muhammad yang beriman" , Amin. Al-Fatiah....
(Disini Mama Kami disemadikan. Disini pertemuan kami dengan Mama Kami - antara Alam Fana dengan Alam Baka. Disini jua Kami semua melepas rindu...)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan