Isnin, 2 Januari 2012

BERMULANYA MENGALIR AIRMATAKU...1

Hari ani 2hb Januari 2012, genap 2 minggu mama sudah meninggalkan kami untu selama-lamanya. Masih terdengar suaranya menjawab talipon kalau ku menalipon kedidia, “Oiii….” Atu tah bunyinya biarpun apa keadaannya. Pernah sekali atu aku menalipon mama, rupanya lapas ia mengangkat barang, tedangar suaranya yang mengalih tapi ia menjawab seperti biasa…”Oiii…” Atulah mama kami yang selalu menyelindungkan kesakitannya kepada kami demi melihat kami sentiasa gembira.

2 minggu sudah pemergiannya, baruku dapat melakar urutan kejadian yang menimpa.

“Mit, bas mama accident…, bekumpuk ketani di Bunut awal ani….”
Atu lah panggilan yang ku terima pada 21/12/11 dalam pukul 6 lalu. Panggilan atu mengingatkan aku pada satu panggilan yang jua ku terima dari pemanggil yang sama pada 10/02/2007
“Mit, tolongku… macam kerita Hj Hussin bah kana langgar ah… tolong ku lakas…” (www.aidil99.blogspot.com)

Setibanya ku di Bunut, kami cuba menghubungi sesiapa saja yang kami pikirkan boleh menolong. Kami cuba sedaya yang boleh sampailah Si Billah dapat menghubungi Hospital di KK. Dari sana Si Billah & Si Busu cuba mendapatkan kepastian keadaan Mama.

“Berapa umurnya?... Berapa nombor passportnya?.... Siapa namanya?....” antara pertanyaan yang diajukan dari pihak KK untuk satu kepastian, dan semua jawapan ternyata tepat dan betul.

“Awak siapa?... Apa hubungannya?... jangan terkejut, beliau sudah meninggal….”
Macam inda percaya Si Busu mendengar maklumat atu. Diberitahunya Si Alai dan keduanya menangis. Aku yang mendengar berita atu merasa macam hilang semangat.

Entah macam ada satu kekuatan yang ku rasa apabila betepatan berita atu kudengar, laungan Azan Isya kedengaran dari Masjid Kg Bunut.
“Masya Allah, mudah-mudahan ani petanda baik. Ya Allah, kiranya ani yang terbaik untuk Mama, aku redha pemergiannya”. Bisik hatiku memujuk pilu dilubuk hatiku.

Alhamdullilah, ibarat sebuah perjalan hidup yang sempurna, sebelum kami mendapat berita dari pihak KK, Si Busu dapat membooking tiket penerbangan ke KK untuk esok paginya jam 7 dengan menghubungi ejen penerbangan tanpa sebarang masalah. Dalam perancangan, Si Busu, Si Dayang, dan Si Bibi akan membawa Bapa ke KK untuk mempastikan keadaan Mama.

Bagi mempastikan kelancaran penerbangan Bapa, aku sendiri menghubungi Ketua tempat Bapa kerja untuk mendapatkan kebenaran Bapa keluar negeri. Dan untuk sekian kalinya segala urusan kami mendapat redha Allah apabila tiada halangan dari pihak majikan Bapa untuk membenarkannya keluar negeri.

Kami merancang untuk inda memberitahu Bapa tentang keadaan yang kami ketahui pasal Mama. Tapi yang pasti, dalam otakku berputar mencari jalan terbaik untuk memberitahu Bapa supaya ia inda terkejut yang boleh memburukkan keadaan. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari Bapa…

“Sahrin, cuba kau telipon Mama mu, ada bas Brunei accident bah di KK”.
“Ah? Dimana kita mendangar?, bah aku cuba menalipon” aku cuba membuat cerita.

Selang beberapa minit, Bapa menalipon aku lagi.
“Au Pa, Bas Mama. Cemani nah, esok ketani ke KK. Tiket sudah ada, kebenaran dari Pejabat pun sudah ku uruskan. Besiap saja kita, aku mengambil kita di Kampong.”


Lebih kurang 8 malam, Si Awang, Si Aji dan Si Alai mengambil keputusan untuk ke KK menggunakan kereta. Disinilah fungsinya labih duit Malaysia ku yang barat hatiku kan membagi Mama, kuberikan arah Si Awang untuk bekal di KK.

Setiba Bapa di Bunut, kami sepakat untuk inda memberitahu bapa tentang keadaan mama. Kami takut kalau bapa tekajut mendengar berita atu. Kami sepakat untuk membiarkan Bis Si Awang mengkonfirmkan lagi dari sana.

Lebih kurang 11:30 mlm, Si Busu call aku memberitahu ia sama bapa kan belayar ke KK menggunakan charted flight yang kana sediakan oleh Kerajaan.

Bermula dari saat atu, hatiku ku pujuk untuk sentiasa berkadaan tenang dan tabah, sampailah dalam pukul 2 pagi aku mendapat panggilan dari Si Billah.

“Bang Mit, Bis Si Busu sama Bapa sudah sampai di KK. Ada Si Busu menalifon tadi. Sabar saja mendengar berita ani ah…, mama meninggal. Sabar saja Bang Mit, esok ketani menyediakan apa-apa yang perlu.”
“Bah…” jawabku.

Hancur luluh hatiku waktu atu. Atulah saatnya aku menanggis semauku. Kalau masa mendengar berita masa Si Busu menelifon Hospital KK, aku masih mampu tabah, tapi masa ani, semua pertahananku lumpuh. Nasib baik biniku masa atu dapat mententeramkan aku.

“Bang, sabar saja Bang…., Abang sedekahkan surah Yassin. Banyak-banyak besabar…”

Subuh atu, ku cuba google semua maklumat pasal kejadian bas accident atu. Masa atu biniku membaca surah Yasin. Makin ku baca news online, makin pilu hatiku. Sampai aku terasa sesak nafas. Nasib baik aku masih mampu befikir.

“Abang tidur dulu, nda dapat abang membaca surah Yasin pasal abang takut abang akan sakit kepala esok pagi mun telampau bejaga. Abang mau menunggu mama esok…” dalam ku menutup mata kan tidur, mulutku inda beranti membaca Al-Fatiah sampai-sampai ku tidur. Sembelum atu sempat jua ku mendengar biniku membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali.

Dan subuh atu, terus terang, aku inda dapat tidur...


........bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan