Khamis, 9 Ogos 2012

MAMA... KUCARI SYURGA DI TELAPAK KAKI MAMA...


Mama….ﺍﻠﺳﻼﻡ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﮫ ﻮﺒﺮﻜﺎ ﺗﻪ

Hari ani, malam 20 Ramadhan, aku cuba mengimbas semula kenangan Mama bersama kami disepanjang hayat Mama. Satu persatu gambar yang tersimpan di dalam laptop ku, ku renung dengan penuh syahdu, hinggalah terfikir olehku untuk mencantumkan beberapa gambar Mama bersama kami untuk diolah dengan alunan irama.

Malam atu, Alhamdulillah usahku berhasil. Cuma sedikit masalah apabila aku cuba mengupload ke dalam blog ani.

Setelah beberapa kali mencuba, hasilnya masih jua sama. Gagal untuk diupload. Untuk melupakan kegagalanku atu, aku memujuk diri untuk tidur.

“Hari ani, aku dalam perancangan untuk mengambil Mama balik dari Temburong. ku parkingkan keritaku di kawasan parking dekat gerai. Disana aku menunggu Mama macam biasa, sampailah perahu speedboat membawa Mama sampai.

Dalam sibuk-sibuk orang keluar dari perahu speedboat dan tarus naik tangga, kulihat Mama sudah menunggu aku. Alhamdlillah, Mama selamat sampai.

Waktu atu ku hampiri Mama. Mama melihatku dengan senyumnya yang inda pernah pudar tanpa berkata-kata. Wajahnya berseri dan tenang. Dan aku… aku terus menyalam dan mencium tangan Mama seperti biasa yang kulakukan. Tangan Mama kurasakan dalam gengamanku, sama macam tangan yang kusalam dan kucium sebelumnya. Masih terasa kelembutan.”

Alhamdulillah. Pagi ani aku rasa bersyukur kerana telah “ditemukan” dengan Mama di dalam lenaku, setelah sekian lama aku mendambakannya belaian kasih sayangnya.
Dengan takdir Allah s.w.t jua, rupanya biniku pun turut bermimpi berjumpa Mama. Dan dengan izin NYA jua, mimpi kami hampir sama. Mama dengan wajahnya yang mengukir senyum dan berseri serta menampakkan kegembiraannya.
Mama, aku akan sentiasa menanti saat-saat macam dimalam, untuk ku bertemu dan berjumpa kedikita. Sekurang-kurangnya dapat jua ku melepas rindu arah kita.

Sekian dulu Mama, sembah salam dari ku untuk Mama.





ﻮﺍﻟﺳﻼﻢ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan